Friday, December 24, 2010

PANDAINYA BALQYSH

Salam...

Lama juga aku tidak post entri terbaru...kali ni aku nak story tentang anakanda kedua aku Nurul Balqysh bt Syaharuddin. Umur dia baru 1 tahun 5 bulan. Tapi apa yang menyebab kan aku nak tulis pasal dia sebab dia dah buat aku rasa terharu semalam. Ingat malam tadi aku nak posting entri terbaru tapi tak sempat.

Em tentu readers sumer tertanya apa yang dia dah buat.???

Semalam aku nak gi kedai depan rumah..beli bihun kering. Si adik ni dengar je aku nak g kedai, dia dah berlari ke dapur. Selalunya dia yang berlari ke pintu. Tetiba je aku nampak dia datang berlari ke arah aku sambil membawa kain tudung. Terus aku peluk anak dara kecil aku sambil nak menitis air mata aku sebab dia tahu aku akan pakai tudung kalau nak keluar rumah even depan rumah sambil jirus pokok bunga.

Dah besar rupanya anak ibu...desis hati aku...

Malam tadi ada juga keletah baru yang aku perasan tentang anak dara kecil aku ni. Sekali lagi dia buat aku terhibur bila dia pujuk abg dia supaya tidak menangis sebab dimarahi aku. Dia cakap kat abg dia " Abam..ngan ngis..." sambil dia lap air mata abangnya. sedih pun ada. Mungkin tak tahu cara nak pujuk abang dia...dia lari ke dapur dan bagitau nenek dia...Nenek dia cakap kat aku dia mengadu abang menangis. Nenek dia tanya kenapa abang nangis...Maka terpantul ayat " Abu aghah..akut"

Tak sangka anak aku dah pandai meluahkan perasaan walau sekecil tu..Tapi aku tak faham kenapa ada juga manusia kejam yang sanggup mendengar bisikan kata syaitan untuk humban anak yang sekecil 9 bulan semata-mata nak melepaskan geram dan kemarahan. Tak terasakah kasih kepada anak itu???

Aku tersentuh setiap kali melihat ada saja kerenah dan keletah baru yang anak-anak aku buat menunjukkan perkembangan mereka membesar. Harapan aku semoga anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan solehah...amin...

Aku upload sikit gambar-gambar balqysh....




Saturday, December 18, 2010

ANAK KECIL YANG TAKUTKAN API NERAKA

Salam ....

Aku kembali lagi dalam areana blog walaupun hampir 2minggu tanpa posting terbaru...
Kali ni aku ingin berkongsi sedikit ilmu dan pedoman untuk sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri.

Sedikit pun ilmu itu kalau disampaikan dan dimanfaatkan akan menjadi pahala berpanjanga...mudah-mudahan...

Baca ni...

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"


Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."


Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah

Wednesday, December 15, 2010

LAMA AKU TIDAK BERKARYA...

salam...

Lama x update...
Sekarang ni aku tengah belajar menggodek blog bagi lagi cun n mantop...
Aku belajar dari aliyaanuar...thanks sgt sebab cik kak ni sudi ajau aku yg memang minat nak meneroka blog.

Apa pun lepas ni aku harap ilmu yang aku dapat aku praktikan...
Kepada sifu2 yg aku blogwalking blog mereka izinkan aku cedok ilmu yang korang bagi ek...

Sampai ketemu lagi...

Thursday, December 9, 2010

MUHARRAM

Salam...

Kali ni entri berbentuk tazkirah sempena bulan Muharram. Aku nak berkongsi ilmu dan juga sebagai panduan buat diriku sendiri. Alhamdulillah aku berada pada hari ke-3 berpuasa dalam bulan Muharram bulan Allah. Insyaallah kalau dapat aku berpuasa hingga hari yang ke-10...

Em...baca ye...info ni aku petik dari
:http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

P/s: semoga kita bersama mendapat ilmu dan memperbanyakkan amalan...Wallahualam

Thursday, November 25, 2010

GAMOGEN & KTELLA MINUMAN SARANG BURUNG

Salam...

Lama aku tak update blog ni kan...maaflah buat semua follower sebab aku memang busy sangat akhir2 ni...tp tak pe aku singgah juga walau sekejap sebab nak share info ni...

Aku sekarang mengamalkan pengambilan supplement untuk kesihatan aku yang mana pada fizikalnya memang nampak sihat tp daalamn aku tak berapa sihat...terutama masalah perut.

Alhamdulillah pengambilan berterusan selama 3 bulan aku mengambil Gamogen daripada keluaran Healin ni aku tengok sendi-sendi aku makin kuat dan. Tambahan pula lutu aku memang sakit sebab pernah jatuh dulu pun makin baik. Harga memang mahal jugak tapi aku tak kisah yang penting khasiat. Duit boleh cari tap kesihatan memang susah nak dapat kalau tak jaga denganbetul. Kat bawah ni aku bagi sikit info tentang kebaikan mengamalkan gamogen...

mengurangkan sakit sendi , urat & otot

menganjalkan kulit

menjadikan kulit awet muda

meningkatkan daya tahan badan

mengelakkan salur darah tersumbat

mencegah kanser

bronchiolitis

resdung

batuk berpanjangan

alahan

alahan kulit / eczema

mengembang salur darah tersumbat (jantung, stroke)

menurunkan tekanan darah

melancarkan perjalanan darah

melembut parut baru dan lama

meredakan radang

menyurutkan bengkak

mencegah pembekuan darah (sakit jantung, stroke)

membantu pesakit kencing manis

membantu masalah kemandulan

penyembuhan luka luaran & dalaman (gastritis)

memberi tenaga

membakar lemak

lelah, bronchitis

mengatasi kurap dan panau

daya penenang

mengurangkan debaran jantung

penahan sakit

rasa tidak selesa





Supplemen kedua pula aku amalkan minuman sarang burung keluaran KETELLA. Hampir 3 bulan juga aku dah amalkan. Rasanya manis dan macam minum air kanji nasi. Tapi yang bagusnya rambut aku dah mula kuat.

Antara fungsi lain...

Air Sarang burung dipercayai mempunyai banyak khasiatnya. Khususnya dalam mengurangkan masalah kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi spleen perut , masalah berkaitan dengan paru-paru, dan hati. Sarang burung ini digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, tuberculosis, baatuk daan phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemoptysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, dan lain lagi. Sarang burung juga digunakan bagi batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga, dan lain-lain.

Bagi yang nak cuba tak salah...tapi setiap amalan pemakanan untuk nampak kesan adalah selama 3 bilan..jangan cepat berputus asa jika rasa baru sebulan mengamalkan tapi tak nampak kesan apa2...

Apa-apa pun aku just share info untuk kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga...

Saturday, November 20, 2010

TAK SEMPAT NAK UPDATE!!!

Salam...

Lama x memblogging...
Tak sempat nak update...
Pasti ada yang rindu post terbaru...

Insyaallah...lepas habis semua komitmen yang bertamu aku update..
Salam sayang ...

Saturday, November 6, 2010

FAHIM MAKAN SIPUT SEDUT...JENG JENG JENG

Salam...

Lama rupanya aku tak post apap2 entri baru. Hari ni aku nak cerita pengalaman anak sulung aku Fahim yang pertama kali makan siput sedut. Gelihati pun ada, kesian pun ada.

Aku seperti biasa balik rehat tengahari pukul 1.00 petang mesti balik rumah. Nak dijadikan cerita, hari tu mertua aku masak siput sedut masak lemak cili api. Kemain aku sedut muncung yang dipotong n kepala siput tu. Ada yang keluar sekali sedut, ada yang berkali-kali disedut pun tak keluar juga. Maklumlah aku memang tak pernah makan siput sedut. Semenjak kahwin je aku cuba makan sebab keluarga mertua aku memang penggemar siput termasuk hubby...

Berbalik pada kisah Fahim tadi....dia pun sibuk nak makan siput tu sebab tengok rupa cengkerang siput tu memang nampak sedap...aku pun sedutkan n buat tampuknya terus masuk ke mulut dia. Jadi dia memang tak nampak rupa siput tu secara detailnya. Entah macammana dia nak cuba sedut sendiri. Dia sedut-sedut dan terkeluarlah isi siput tu....Faham-faham je la rupa isi siput tu macamnakan...

Tetiba je dia terjerit-jerit n terjundari kerusi...aku ingatkan dia menjerit sebab kepedasan atau tercekik kulit siput tu. Rupanya dia terpandangkan isi siput yang terjulur keluar tu. Isi siput tu kan bergoyang-goyang kat cengkerang tu. Jadi dia rasa geli dan takut. Dikorek-koreknya tekak dia nak keluarkan siput yang dah ditelan sebelumnya. Kesian aku tengok dia. Tapi masa kejadian tu aku memang kaget la sebab dia tak pernah menjerit macam tu.

Aku peluk dia...n ngangakan mulut dia. tengok takde apa. Dia terus lari kedepan n menjerit-jerit tak nak makan siput dah...tak nak makan siput dah....Aku pun terus bawa dia ke kusyen buatkan susu. Masa tu kakak ipar aku pun sampai. Dia pun tercengang pasal apa Fahim menjerit-jerit. Sambil dia minum susu, mata dia pun terlelap...sekali lagi Fahim terjerit2 sambil tanggalkan seluar dia. aku pun hairan campur terkejut bertanbah panik. Dia lari pergi bilik air dan jerit panggil nenek dia buangkan.... buangkan....nenek dia pun terkejut dan cebokkan dia cakap dah takde dah siput dh lari....

Sampai macam tu sekali anak aku takut. Aku pun risau juga sebab tak pernah tengok dia macam tu. Kebteulan hubby aku masa tu dh ada kat Alor Gajah...so aku panggil la untuk tengokkan anak aku. Hubby aku tanya dia dan Fahim pun cakap siput gigit...siput gigit...aku tersenyum rasa gelihati pun ada kesian apa lagi....

Tapi satu hal yang aku tengok anak aku ni...dia lemah semangat...mungkin ikut aku yang memang penakut ni...Pengalaman berharga aku sebagai ibu...



Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja. Gambar sebenar tak sempat nak ambil.

p/s: Janganlah kita sering menakut-nakutkan anak kita dengan cerita dan metos kerana ianya akan melemahkan semangat anak kita..tapi berilah kata2 dorongan dan pujian supaya dia membina keyakinan dirinya....

Tuesday, October 26, 2010

MANA NAK CARI DUIT TAMBAHAN NI....

Salam...

Kali ni entri aku berkisar soal peribadi. Huh tengok tajuk mesti korang pun fikir benda yang sama..huhuhu tapi itulah hakikatnya life aku sekarang. Duit tak pernah cukup. Macam-macam aku buat sampai menjahit hujung minggu tak juga cukup.

Tapi belanja la sekadarnya. Jangan berbelanja lebih dari pendapatan. Nanti hidup dalam keberhutangan. Tapi serius macammana aku nak dapat duit lebih ni????

Wednesday, October 20, 2010

MATI OTAK DAN KAITANNYA DENGAN DERMA ORGAN

Salam...

Hari ni baru aku tau rupanya derma organ ni bukan senang-senang prosedur. Kalau nak derma organ penderma mesti lah dikategorikan mati otak. Mati otak ni sebenarnya pesakit tu dah meninggal dunia. Tapi jantungnya masih berdenyut.

Ha...jangan kita anggap orang yang mati otak tu sebenarnya masih hidup walaupun jantungnya berdegup. Sebenarnya pesakit masih mempunyai degupan jantung kerana alat bantuan pernafasan.

Hmmm korang pun mesti ada yang tak tau kot..macam aku yang baru tau ni.. Tapi kalo korang dh tau pun aku tak kisah. Ni just nak share info yang aku tau...tapi sebenarnya bila mati otak ni doktor memang la menjadi orang penting yang bertanggungjawab untuk menamatkan degupan jantung pesakit. Tapi jangan la menjatuhkan hukum terlalu awal sebab pesakit sebenarnya memang dah meninggal.

Em kalau korang nak tau lebih lanjut baca info ni kat :

1)http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=9009
2)http://www.infosihat.gov.my/media/bukuKecil/BK_Pendermaan%20Organ/matiotakdanpendermaanorgan_BM.pdf

Doktor cuma buat apa yang patut sebagai tugasnya.Dlam konteks di Malaysia amalan pengesahan pesakit kematian otak meninggal dunia oleh dua pakar telah menjadi undang-undang negara. Bukannya sebab kita nak sengaja nak tamatkan penderitaan pesakit dengan memberi ubat atau suntikan supaya orang yang derita sakit tu meninggal. Sebab apa biasanya orang sakit tu masih bernafas dan jantungnya masih berdegup. Kalau disuntik untuk menyebabkan dia meninggal itu dah kejam namnya.

Mati otak ni sebenarnya berlaku kerana pangkal otak pesakit yang mengawal denyutan jantung dan pernafasan tidak lagi berfungsi. Describe sikit...Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan
keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu bahagian otak yang mengawal aktivitiaktiviti
penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi.
Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.

Jadi kaedahnya kalau nak jadi penderma organ pesakit ni kategori mati otak. Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi
melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih
dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya
akan dilakukan setelah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati
otak tersebut.

Monday, October 11, 2010

FAHIM DAH PANDAI KE TANDAS

Salam...

Hari ni genap 2 minggu Muhammad Fahim b. Syaharuddin tak pakai dryper waktu siang. Aku latih dia kencing dan berak dalam tandas. Alhamdulillah ketakutan aku beransur hilang bila hari ke-2 dia dah pandai pergi tandas sendiri walaupun terjerit-jerit dalam tandas. Mula-mula tu payah juga sebab dia tak pandai nak bagitau kalau nak kencing atau berak.

Hari pertama dia tak berak-berak sampai malam. Itu pun sebab aku pakaikan dryper. Dia takut nak mencangkung atau duduk kat dalam tandas. Kesian juga pada dia bila aku marah dia sebab tak nak bagitau dia nak berak. Tapi aku faham kali pertama mesti setiap dari kita akan berperasaan begitu.

Senyum aku melihat keletah anak bujang kecil aku sebab tak le susah sangat nak atur dia buang air. Cuma pada pendapat aku, seseorang ibu itu, mestilah berdisiplin dan mempunyai keazaman yang tinggi. Tambahan faktor kerjaya juga membuat kenkadang seseorang ibu itu malas.

Lepas ni bajet untuk dryper Fahim untuk bulan akan datang boleh dijimatkan dan akan digunakan untuk tujuan yang lain. Tiada apa yang lebih bermakna pada aku bila melihat pembesaran anak-anak di depan mata. Hmmmm..nampaknya lepas ni aku dah boleh menarik nafas lega sebab tak perlu risau kalau dia terkencing merata-rata. paling mencuit hati bila kali pertama dia berak di tandas.. Geli hati pun ada sebab dia dok mencangkung berak dalam seluar dah tu tak berani nak cakap. Punyalah kesian aku tengok dia menangis ingatkan ape rupanya terberak dalam seluar.

Apa pun aku puas hati dengan pencapaian anak sulung aku ni. Cepat belajar. Lepas ni aku dah boleh harap dia untuk henjut buai adik dia, mandi pun dah pandai sabun badan sendiri. Kemas tempat tidur pun dah pandai.

Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan aku anak-anak yang sempurna akal dan fizikal... Alhamdulillah

Ini petikan artikel dari My Metro

Famili: Latih anak guna tandas
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/04/21


Tentu amat menyedihkan apabila sofa yang baru itu terpaksa dicuci disebabkan najis anak. Tetapi jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk mengajar anak ke tandas.

Menurut kaunselor laktasi daripada www.sarakids.com, Farah Farhan Abdul Fattah, yang juga ibu kepada dua anak, Puteri Sara Azalea, 3, dan Puteri Syasya Adalea, 2, sebagai ibu yang sibuk bekerja mengajar latihan anak ke tandas me merlukan keprihatinan serta tempoh berlanjutan.

Ini kerana ibu memerlukan kesabaran ketika mendidik anak menjalani latihan ke tandas.

Sebelum membeli tandas duduk, ibu perlu mengenali tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:

- Apabila dia sering cakap, “Mama, dah basah” atau “Bibik, nak tukar lampin lain”. Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.

- Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.

- Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ‘poo poo’ sedangkan sebenarnya tidak.

- Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, “Eeee...malu pakai lampin”. Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.

- Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain akan menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.

Menurut Farah Farhan, apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas.

Katakan pada anak, “Ini maknanya kakak dah boleh belajar buang air kecil sendiri”.

Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:

* Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.
Menurut Farah Farhan, banyak kebaikan menggunakan tandas duduk kanak-kanak ini. Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.

Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.

Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.

Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak untuk lebih berdisiplin.

* Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.

* Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.
“Ya, memang betul pada hari pertama di hadapan peti ais, tiba-tiba anak saya, Puteri Sara Azalea berkata, ‘Eeh, ter kencing la mami’. Akibatnya Farah terpaksa membersihkan lantai rumah seminggu.

* Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air. Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda mem beritahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.

* Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ke tandas untuk membuang air kecil.
Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air. Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.

* Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil.
“Saya katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula”. Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.

* Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya. Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.
Sebagai ibu, Farah Farhan tidak akan memaksa, tetapi lebih kepada pendekatan memujuk.

* Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas. Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.

Panduan dan cabaran:

- Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa. Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat. Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.

- Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas. Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.

- Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang se dang belajar ke tandas. Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.

- Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.

“Saya yakin, tidak lama lagi Sara sudah tidak memerlukan lampin. Saya yakin, Sara saya akan belajar dan pandai ke tandas. Itulah doa saya”,” katanya.

Jumpa lagi...

Friday, October 8, 2010

SEBAK TETIBA...

Salam...

Kita bertemu lagi dalam ruangan blogger ni...

Aku cuma nak zahirkan perasaan sebak bila tiap kali aku menziarah kaum keluarga atau jiran tetangga yang dapat mengerjakan ibadat haji. Hati aku sebak...paling menjeruk hati bila aku berharap sangat yang aku akan dapat sama seperti mereka untuk beribadat dan menjalani haji di Tanah Suci Allah.

Kalau la aku berkesempatan ke sana..aku nak sangat minta pada Allah ampunkan segala dosa2 aku, ibu ayah aku, suami aku, adik2 aku, mertua aku dan sahabat serta keluarga aku.

Aku nak sangat menghadiahkan mak ayah aku perjalanan pergi dan balik haji kalau aku mampu. Tapi dengan gaji dan kerja aku sekarang tak tahu la bila aku dapat menunaikan impian mak aku yang teringin sangat ke Mekah.

Aku harap sangat Allah murahkan rezeki dan makbulkan niat aku nak hantar mak aku ke sana. Aku memang dah pasang niat 5 tahun usia perkahwinan aku nak ke Mekah buat umrah. Tapi Allah belum buka lagi ruang untuk aku.

Tepat pukul 5 petang tadi jiran aku Mak Cik Zainab dan suaminya Basri telah memulakan langkah untuk menuju ke Tanah Suci Allah. Pemergian mereka berdua diselangi dengan rintisan air mata yang mendoakan agar mereka selamat pergi dan balik serta dapat mengerjakan ibadah haji yang mambrur dan sempurna.

Kat sini aku uploadkan sikit gambar-gambar sepanjang peristiwa petang tadi..




Thursday, October 7, 2010

AKU DAN PAP SMEAR

HUH gileeeeeee....

Aku kena buat ujian PAP SMEAR?????

Sebab apa aku ada rekod masalah kesihatan dalaman. Ala aku terang sikit la kot ada yang tak tau...

Masa aku preggy tahun lepas aku mengalami masalah keputihan yang kronik...Sampai keluar cairan kekuning hijauan. Setelah didiagnosis aku ada kuman GBS +ve... GBS ni bukan siri drama kanak2 Geng Bas Sekolah tu. Ntah la pe stand untuk GBS ni pun aku tak tahu.. tp ada la doktor tu cakap streptococus ke kek kukus ke ntah apa2 la.

Semalam aku bawa anak kecil aku g check up bulan2 kat KKIA, Alor Gajah. Nurse tu tengok rekod anak aku, then tanya aku history during aku preggy dulu...aku citer la apa yang patut..tup tup tup ayat dia " kak, akak mesti buat ujian pap smear bulan depan"...berdetak bunyi jantung aku..seriau gilerrrrrrrrr.

Balik je dr klinik aku find out la serba sedikit info pasal pap smear ni. So aku nak kongsi la kat readers n blogger yang singgah kat sini...

Baca ni...





Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.





Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
Mereka yang kerap bertukar pasangan.
Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

1. Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
2. Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan

p/s: mencegah lebih baik dari mengubat...

Tuesday, October 5, 2010

MENINGGALKAN SOLAT LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.

Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh.

Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.

Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.

Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.

Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.

Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


--------------------------------------------------------------------------------

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.

Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.

Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.

Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud


p/s : renung-renungkan bersama wahai teman blogger n readers di luar sana. Apakah kita masih mahu terus-terusan menzalimi diri kita sendir..Astaghfirullah...

Note: nasihat ini saya petik dari portal iluveislam.com

Thursday, September 30, 2010

MAJLIS HARI RAYA DAN MERAIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR DI SMKSP

Salam...


Best yang tidak terhingga..itu je yang mampu aku katakan. Hari ni aku n guru-guru p.khas bawa budak untuk menyambut hari raya di Hotel Ancasa, MITC. Majlis ni juga sempena meraikan pelajar tahun terakhir yang akan duduk di SMKSP. Sedih pula aku rasa time ni..

Tapi bila bab amik gambar masing2 tak hengat hahaha....paling best bab makan sume xsabar. Tak lupa gak thanks to all students yang buat persembahan...korang memang best..mungkin ini akan menjadi kenangan terindah aku bila aku pindah Johor nanti.

Rakan sekepala aku Cikgu Masmudah Musa..dia ni memang sempoi gila..sama otak ngan aku..walaupun dia muda dari aku..tapi dia memang best arrr...

Em, tengok je la gambar2 ni:




Masa ni kat MYDIN, MITC









Sepanjang majlis aku asik dok berposing..hehehe





Persembahan murid. Cayalah anak2 SMKSP





Sebelum balik sempat posing lagi tu...

Baiklah..hingga jumpa lagi...

Friday, September 24, 2010

AT LAST I DID IT (KEK GULA HANGUS)







At last i did it. My hubby really like n love this cake. Im really impress. Hope all readers n viewers my blog also like n yet please leave your comment about my sucsessful of make this special cake for my hubby.

Also thank you to dari dapur azali blog for the ingredients n how to make it...

P/s: anyone want share???

Wednesday, September 22, 2010

HOBI BARU

Salam...

Aku dah bertemu dengan hobi baru. Kali ni aku tengah gila buat kek coklat. Siap dapat tempahan dari penduduk taman setempat...hehehe...

Boleh buat duit gak hobi aku ni...tapi paling best kalau aku buat memang tak cukup sebiji sebab anak2 aku memang suka makan...

Nanti aku upload gambar ye...

P/s: agak2 boleh buat bisnes X???

Wednesday, September 15, 2010

SEKOLAH HARAPAN

Salam...

Bertemu lagi...kerajaan negeri Melaka tetap akan membuka sekolah untuk gadis2 yang terlanjur dan mengandung luar nikah. Ada pro n kotra pada pandangan aku. Tapi kita lihat lah dari aspek positif sahaja. Sebab kalo diperdebatkan pun aku rasa masing-masing ada pendapat.

Apa yang bagusnya sekolah ni, ianya diurus dan dikelolakan oleh JAIM sepenuhnya. Jumaat ni bersamaan 18 September 2010 secara rasminya sekolah ini akan beroperasi. Siapa lagi nak membela nasib mereka yang terlanjur ni kalau bukan masyarakat kita sendiri.

Berilah mereka peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Jika kita terus mencari kesalahan mereka sampai bila pun aku rasa masalah ni takkan selesai.

Kat sekolah ni mereka akan dibimbing sepenuhnya dan akan dibentuk semula untuk menjadi manusia dan mereka juga akan dilindungi sepenuhnya bukan untuk menutup cemar yang pernah dilakukan tapi untuk membimbing mereka ke jalan yang lebih baik.

Aku sokong sangat cadangan Datuk Sharizat Jalil supaya hukuman gantung bagi kesalahan membuang bayi luar nikah ni. Patutnya tangkap yang jantan tu sama. Tak adil kalo yang perempuan je yang dipersalahkan. Biar depe rasa sesama sebab masa seronok tak ingat tu semua. Tapi bila nak jatuh hukum yang siperempuan malan jek yang nak tanggung semua..mana aci...

sekian..

P/s: jom bincang n komen sikit...

UMUR BERSARA NAIK KE 60 TAHUN????

Tak paham aku apsal ceupacs nak 'fight' untuk naik kan had persaraan umur penjawat awam dari 58 ke 60 tahun. Aku bukan nak kondem terang-terang tapi pada pendapat aku la aku tak setuju sama sekali. Bukan menidakkan keupayaan pekerja-pekerja yang veteren ni tapi setidaknya beri lah peluang pada graduan yang masih baru untuk mencari pengalaman kerja.

Sekurangnya muka-muka baru ada peluang cari pekerjaan dan ada pengalaman sendiri. Banyak lambakan tenaga kerja tapi peluang kerja tidak ada..macammana??? Lagipun kesian la staf yang sudah berumur ni. Mereka dah mencurah keringat berpuluh tahun. Setidaknya berilah mereka menikmati masa rehat bersama orang tersayang disamping menjalankan amal ibadat tanpa kesibukan kerja.

Aku rasa kalau nak ikut negara jiran macam Singapura dan Thailand yang mana penjawat awam bersara sekitar umur 60 tahun hingga 62 tahun,memang tak patut. Kesian la sebab umur sebegitu masih perlu memanjat tangga atau naik lif dan berdepan dengan kerenah birokrasi serta masalah kerja yang tak pernah habis.

Kesimpulannya pendapat aku tidak setuju. Patutnya berilah peluang pada fresh graduate dan mereka yang layak untuk menikmati pekerjaan terutamanya dibidang dan sektor awam.

sekian..

Tuesday, September 14, 2010

KEJAM

Apa yang dapat aku katakan adalah KEJAM, KEJAM, KEJAM...

Inilah sebahagian wajah Pembunuh kejam kes pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya. Aku harap sangat la suspek-suspek ni dikenakan hukuman setimpal supaya mereka tidak terlepas dari hukuman. Apa yang boleh aku katakan pihak polis kena strugle cari bukti untuk pertuduhan sebab peguam ni memang licik. Tapi setinggi mana pun tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.







Jika sebelum ni ada antara ahli perniagaan yang hilang dan tak jumpa-jumpa, firasat aku kuat mengatakan modus operandi adalah sama, bunuh, bakar dan buang abu. Cuma kali ni Allah beri petunjuk dan bantu untuk mengelakkan ada lagi mangsa yang malang.

p/s: Tahniah buat semua anggota polis Malaysia sebab berjaya menyelesaikan kes pembunuhan kejam ni...

LEBUH RAYA GUTHRIE

Baru aku tau rupanya ada lebuh raya kedua selain NKVE kalo nak ke utara. Yang bestnye lebuh raya guthrie ni menjimatkan minyak dan masa perjalanan. Bayangkanlah selalu kalo aku balik perak minyak memang kering kalo isi tangki kancil penuh. Perjalanan ambil masa 6jam termasuk berhenti 1 jam rehatkan badan dan kereta.

Dengan menggunakan laluan lebuh raya guthrie aku cuma ambil masa 5jam termasuk 1jam rehat..best tu..cumayang tak berapa best ada 3 tol yang kena bayar sebelum keluar highway besar. Setiap 1 tol kena caj RM 1.40. kiranya aku kena bayar tol lebih RM 1.00 la berbanding NKVE highway..

Apapun aku puas hati la gunakan highway Guthrie ni....

P/s: buat teman2 pembaca cubala guna jalan ni...






Tuesday, September 7, 2010

TIPS DAN PETUA HILANGKAN LEBAM MATA

Salam...

Jumpa lagi..kali ni aku nak kongsi petua dan tips untuk kurangkan dan hilangkan kesan lebam yang ada dibawah mata.




Find out k..selamat mencuba..

1. Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

2. Letakkan uncang teh yang telah digunakan setiap hari.

3. Letakkan potongan tomato di bahagian mata.

4. Parut buah @ ubi sengkuang, perah airnya dan tampal pada bahagian lebam selama 1/2 jam.

P/s: petua yang diatas cuma berkesan jika kita rajin..selamat berusaha. nantikan petua lain lepas ni...

***nak post resepi lak lain kali...

Monday, September 6, 2010

KANSER RAHIM

Aku terbaca ni tadi so aku nak kongsi kan dengan readers kat luar sana...sumbernya aku petik dari : http://www.screenoncancer.com/BM/download/cancer info_BM.html

Kanser Rahim


Wujudnya 2 jenis kanser rahim : kanser serviks dan kanser korpus

1) Lokalisasi:
Rahim adalah sebahagian dari sistem reproduktif.

Lokasi tumors ganas:
- Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim. Ini adalah kanser mukosa atau
endometrium. 20-25 dari 100,000 orang wanita dipengaruhi setiap tahun, tak kira berapa umurnya dan ia
bermula pada umur 25. Ia kerapkali berlaku pada wanita di negara sedang membangun, Amerika Selatan, China,
Asia Timur Selatan dan Afrika.
- Atau di dalam rahim (kanser korpus). 20-25 dari 100, 000 orang wanita setiap tahun, terutamanya di Amerika
Syarikat dan Kanada : 30 kali lebih banyak di California dibanding dengan Jepun

2) Faktor risiko:
Kebanyakannya pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda.

a) Kanser serviks: kurang kebersihan
- Kebersihan seks: ramai rakan seks (samada wanita punya atau rakannya) : kelakuan ini dapat merebak
jangkitan, terutamanya virus (virus papilloma dan virus herpes). Kanser ini jarang berlaku pada wanita yang
tidak melakukan seks (tidak berlaku antara rahib perempuan).
- merokok.

b) Kanser korpus:
- tidak mengandung;
- obesiti;
- Tamosifen: mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.
Sebaliknya, pil kontraseptif mengurangkan risiko, bahkan 5 tahun selepas berhenti mengambil pil. Progesteron melindungi rahim.

3) Perkembangan:
Kanser serviks mengakibatkan peringkat "pra-kanserus": ia senang dikesan oleh ujian Pap: ujian ini mudah dilakukan oleh Doktor: spekulum diselit masuk ke vagina, spesimen dari mukosa, ujian oleh pakar patologi. Kanser berkembang dari korpus, serviks, nodus limfa, pelvis, pundi-pundi kencing, rektum, dan lain-lain bahagian tubuh.

4) Simptom:
- susah atau sakit semasa kencing;
- sakit pada bahagian abdomen;
- pendarahan:
- serviks: pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks dan/atau pendarahan bukan masa haid.
- korpus: sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.

5) Diagnosa:
- serviks: - Pap smear dan teknologi "bright light" yang terkini dipanggil spekuloskopi dilakukan serta-merta
selepas Pap ; - biopsi;
- pemeriksaan pundi kencing dengan sistoskopi, urografi.
- korpus: - histerografi (X rays di dalam kaviti) ; - ultrasound; - histeroskopi; - biopsi.
- ujian petanda tumor: SCC , Cyfra 21-1.

6) Rawatan:
bergantung kepada saiz, peringkat dan gred penyakit tersebut.
- terapi hormon;
- surgeri : pembuangan rahim (histerektomi);
- radiasi: radioterapi diguna sebelum surgeri untuk menyusutkan tumor sebelum ia dapat dibuangkan.
Radiasi dilakukan samada di luar (radiasi bertumpu pada tumor), atau di dalam (letakkan radioaktif di
vagina untuk beberapa hari), kadang-kala kedua-dua cara digunakan.

7) Rawatan susulan:
selalu membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada perubahan kesihatan.
- kadar mengubati serviks adalah tinggi : dekat sehingga 100%, bila tumor dirawat pada peringkat mikroskopik ;
80-85% bila belum merebak ke luar serviks; adalah susah untuk membuat rawatan bila tumor sudah merebak ke
bahagian lain.
- korpus: pemeriksaan klinikal, ultrasound.
Bagi kedua-dua serviks dan kanser korpus, petanda tumor adalah ujian penting.

8) Pencegahan:
- serviks : seks yang selamat: kondom digunakan untuk megurangkan risiko; Ujian Pap yang sistematik :
dijalankan pada umur 20, 21, kemudian setiap 3 tahun. Ujian ini tidak perlu selepas umur 55 (dengan keadaan
dimana ujian ini selalu dilakukan pada tahun yang lebih dahulu !)
- korpus: lakukan pemeriksaan klinikal dengan segera jika ada sebarang pendarahan.
- jalankan ujian petanda tumor.


Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.






P/s: Copyright Biomarkers 2005

MOOD RAYA

Em raya dah nak dekat..kuih ada 3 jenis tu pun adik2 aku yang buat. Aku yang belajar buat kuih kat sekolah pun cuma praktikkan buat bahulu..best..tapi antara kuih tangan mak datin ke buat sendiri lebih berbaloi????

Kalau buat sendiri lebih puas sebab air tangan kita dirasai ramai, tapi kita lebih penat. Kalau beli badan tak penat tapi rasanya puas hati ke tak???

Bagi mereka yang pandai buat biskut dan kek untung la sebab dapat mencari duit tambahan naknya musim2 raya..paling tidak pun jimat belanja sebab buat sendiri. Bagi yang tak pandai atau malas nak buat, belilah yang patut2 je sebab belanja lepas raya adalah lebih mustahak.

Aku cuma ingatkan diri sendiri juga sebab kita ni kalau ada duit ditangan memang tak hengat. Lagipun raya-raya ni orang tak cari kuih atau biskut sebab perut masih 'fresh'. Biasa orang akan cari yang berat macam ketupat, lemang sebab bukan selalu jumpa walaupun sekarang makanan2 tu dah dikomersialkan.

Lagipun hari raya kita sepatutnya berkunjung kerumah saudara mara bukan hanya untuk makan yang penting bermaaf-maafan sebab kita memang selalu sibuk dengan urusan kerja sampai kekadang lupa nak tegur jiran sebelah rumah...

p/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

** Jangan membazir...

Friday, August 27, 2010

PESAN ROH KEPADA MEREKA YANG MEMANDIKAN MAYATNYA

Apabila roh keluar dari jasad, dia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata, “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut.”

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu, “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh.”

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu, “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.”

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan dia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu dia berpesan, “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.”

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan, “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Ada pun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku.”


P/s: kita renungkan bersama...

Thursday, August 26, 2010

ZEBRA CROSSING

Salam...

Hari ni aku nak tanya apa fungsi sebenar zebra crossing tu di cat kat jalan raya?????
Memang naik angin aku pagi ni bila menggunakan kemudahan zebra crossing untuk melintas jalan menuju sekolah. Memang bagi aku kesedaran sivik masyarakat Malaysia ni masih di tahap low class...tak kira la orang tu bersongkok ke, kopiah ke, tua ke muda ke memang tak de sifat bertimbang rasa bila berada di atas jalan raya sekiranya mereka menjadi pemandu. Hilang semua kewarasan bila pegang stereng ke handle motor ke....

Aku pun hairan bila kepentingan dan hak rang lain kat jalan raya tak diambil peduli. Berperikemanusiaan la pada pejalan kaki macam aku ni. Ni takpe la aku masih kuat kalo nenek tua ke kanak-kanak tadika ke macammana.

Pagi ni bukan itu je yang terjadi pada aku. Peristiwa kedua ialah bila aku sudah melintas jalan tak semena-mena ada sebuah kereta nissan memberhentikan kereta sebab nak turunkan anak dia kat depan pagar sekolah. Dah la bawa kereta laju, cara memberhentikan kereta macam orang dah terberak dalam seluar. Anak dia lak buat bengong bodoh dia buka pintu kereta..."dok" pintu kereta dia cium punggung aku..memang bangang betul la..naik balik angin aku.

Memang pada pemerhatian aku yang dah 30-an ni sivik rakyat Malaysia memang tak kan berubah sampai bila-bila sebab yang tua-tua tak menjadi contoh yang terbaik untuk yang muda...

P/s: hormatilah hak dan kepentingan orang lain dijalanraya terutama pejalan kaki.

Wednesday, August 25, 2010

KIBARKAN JALUR GEMILANG

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA....

Hayati lah lagu ini dan marilah kita bersama-sama menjunjung martabat negara dengan semagat patriotik sambil mengibarkan benndera sebagai tanda kita megah akan negara kita sendiri.

Untuk ingin aku tujukan selamat menyambut hari kemerdekaan bagi negaraku MALAYSIA yang ke-53.




Kibarkan Jalur Gemilang, posted with vodpod

Monday, August 23, 2010

TANGGUNGJAWAB BARU

Salam...

jumpa lagi..Alhamdulillah..lepas berbuka tadi aku terus mengadap lappy sayangku ni...almaklumlah dah dekat seminggu aku tak post any news kan...

New story...aku kena buat blog untuk kelas pendidikan khas...kali ni tanggungjawab aku lebih besar. Ada juga antara cikgu-cikgu ni yang percaya pada aku. Aku akan menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.

Apa yang menjadi persoalan ialah...

1. Cukupkah masa yang diberi ni dalam masa 3minggu aku mesti pastikan blog pendidikan khas mencapai maksud dan tujuan.

2. Adakah mereka berpuashati dengan blog yang aku bangunkan. Aku akan buat sebaik mungkin. Aku pasti tidak akan kecewakan mereka.

Tapi aku masih belum rasa aku puas hati dengan tugasan ini. Aku masih berasa kecewa dengan terpaksa melepaskan laman blog untuk SKAG1. Akhirnya aku sedar yang aku tak boleh terus-terusan hidup dalam kekecewaan.

Harapan aku semoga blog pendidikan khas yang bakal aku bina akan diterima dan dihargai oleh pembaca dan akan ada pengikutnya yang tersendiri.

Akhir kata perangsang untuk diri aku sendiri...

"Pedulikan kata-kata nista orang lain". yang pemting aku buat ker
ja ini kerana tanggungjawab dan amanah yang diberi kepada aku...

Wednesday, August 18, 2010

SEMANGAT NAK MERDEKA

Salam..

rindu rasanya aku nak memblogging hari ni. Sepanjang minggu ni aku memang bz giler... mana taknya dengan coklat cip nya mana nak setting kelas untuk sambutan hari kemerdekaan lagi. Huh tapi setakat hari ni belum lagi la dengar orang mengumpat aku tak buat keje...

Em semangat nak merdeka ni terasa bahangnya. Walaupun dalam bulan beribadat ni merdeka tetap merdeka. Aku tak tahu la kalo ada yang rasa merdeka ni cuma sambutan. Kalau aku la aku memang akan terasa terharu dan bangga dengan tanah airku Malaysia.

Jika ada orang yang tak berdiri semasa nyanyi lagu negaraku, hati aku sakit sangat sebab orang tu memang bodoh. Sepatutnya kita rasa bangga dengan keamanan dan kemakmuran negara yang kita kecapi hari ini adalah atas penderitaan dan pengorbanan orang lain.

Aku bukan meluahkan omongan kosong tapi ini fakta dan hakikat. Hari ini anak muda tidak kenal pun sapa Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Permodenan..cuba lah tanya anak-anak kita bolehkah mereka menjawab??? aku rasa dari 20 orang seorang pun belum tentu tahu.

Sedih kan...

Itu belum lagi kita tengok bangsa yang lain naknya bangsa yang 1 ni. Pada mereka budaya dan pemikiran depa sangat perlu dihormati sehingga tidak tahu hak dan kepentingan bangsa lain. Apa yang penting depa tahu hak depa, kepentingan depa..menipu je kejenye...sakit hati aku...

Tapi sape pun kita, haruslah ada semangat patriotik dan cintakan negara kerana kemakmuran ini kalau tidak dipelihara entah sampai bila kita dapat menghirup udara nyaman dan segar tanpa sekatan orang lain..jangan jadi seperti bosnia, ghaza, palestin. pakistan, iran dan iraq...sehingga kini...tengoklah sendir....


aku ada gambar nak dikongsikan sempena sambutan nak merdeka...




Monday, August 16, 2010

BARU TAHU RUPANYA PELUPA SEBAB...

Salam...

Jumpa lagi ye pembaca dan blogger yang singgah baca coretan aku untuk kali ni. Sementara aku dodoikan anak bongsu aku tido td, aku buka la Radio Malaysia Melaka. Sambil dengar lagu yang diputarkan aku pun terus asik mendodoikan manja gadisku tetiba aku terus leka mendengar bila juruhebah yang bertugas meminta pendengar terus melekat kat corong radio.

Baru hari ni aku tau yang manusia akan cepat jadi pelupa bila:

1. Makan epal hijau
alasan : mengandungi kandungan asid yang tinggi

2. Makan bawang besar mentah
alasan: bahan yang menjadi agen pelupa dengan semula jadi

3. Makan kepala ikan, telur ikan
alasan: telur ikan banyak berbiji-biji jadi susah nak kira n payah nak igt

Bab kepala n telur ikan tu aku memang pernah baca. Tapi epal hijau n bawang tu aku baru tahu. Em aku memang suka makan sume2 perkara di atas. Patut la aku ni benak sikit bab belajo dedulu.

Tapi apa pun corak pemakanan ia memang mempengaruhi pertumbuhan fizikal dan mental kita.

Cara yang terbaik amalkan pemakanan seimbang dan makanan yang diajarkan oleh nabi kita. Contohnya madu dan kismis memang baik untuk orang yang sedang belajar.

Tuesday, August 10, 2010

HILANG KALI KEDUA

Salam..

aku memang sedih sebab kali kedua aku hilang kamera digital..aku memang minat amik gambar sebab tu aku sanggup berhabis ratus ringgit beli dan mengganti kamera yang hilang.

kali pertama aku beli Nikon Coolpix s220 RM559. Aku guna dalam 6 bulan lepas tu hilang. Puas aku cari tapi masih tak jumpa last-last masa aku nak g tengok pembukaan sukma aku guna kamera hp yang tak berapa canggih aku...

Atas sebab tak puas, aku keluarkan duit tabung haji aku then beli yang baru. Sebab s220 dh xde keluar aku beli pula jenama n brand yang sama, cuma model yang terbaru s3000. Harga yang sama aku beli kat Jaya Jusco Ayer Keroh..harga tetap sama RM 559. Kali ni takde free gift. Aku puas sangat ingat dapat mengganti hati yang luka kerana besusah payah aku bayar kat hubby bulan-bulan sebab kali pertama aku beli guna kredit kad dia. Kali kedua beli ni aku guna duit simpanan dalam tabung haji.

Aku ralat sangat sebab kedua0dua kamera hilang dikawasan dan dlam rumah yang paling selamat...Apa yang pasti aku mnemang takde rezeki nak pakai lama.

Apapun esok dah mula puasa. Aku nak ambil keberkatan bulan ramadhan ni untuk bersabar dan redha...atas apa yang berlaku...Tapi memang frust gileeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr sekarang ni...

Sunday, August 8, 2010

PERASAAN SEMAKIN PULIH

Salam...
saat ni aku makin pulih dr kelukaan hati kerana terlalu emosi dan mengikut perasaan. Aku cuba belajar kenal diri sendiri dan cuba menerima ini semua sebagai cubaan aku dalam membina kerjaya dan pergaulan sosial.

Dalam pada aku merasa tertekan Allah tak putus2 memberi kiriman kawan2 yang masih mahu mendekati aku dan menasihati aku.. Alhamdulillah..kini berkat sokongan kengkawan sekeliling mahupun jauh dibenua lain aku makin selesa dan telah cuba mengambil pendekatan peduli la apa orang nak cakap. Apay yang penting aku adalah aku dan aku tak peduli semua cacian dan hinaan serta fitnah orang untuk berjaya.

Kini aku sedang cuba untuk menerima cara memaafkan adalah kunci segala persengketaan. Pedulilah apa orang nak kata selepas ni..aku tak peduli..yang penting aku buat keje sendiri ikhlas lillahita'ala..aku maafkan lah mulut2 jahat yang selama ni tak senang dengan aku. Itu adalah perkara yang mulia disarankan nabi...apakah ada yang lebih baik dari apa yang nabi ajarkan???

Aku harap fasa baru dalam mengharungi orang sekeliling adalah pedulilah cakap2 orang..aku sekali lagi ingin meminjam slogan yang digunakan oleh rakan Facebook: Dzull Rahmat tak mati dek keji, tak hidup dek puji....ini yang buat aku sedar betapa kita sebenarnya tidak kekurangan orang yang suka melihat kita jatuh berbanding ramai yang ingin melihat kita berjaya...

Apa pun aku semakin matang setelah semua ini berlaku kerana ini adalah proses kehidupan yang tidak semua orang akan senang dengan cara kita bekerja dan tidak semua orang suka cara kita bekerja....

Sampai jumpa lagi...

Thursday, August 5, 2010

CERIA

Salam...

waktu ni aku dah semakin ok..aku belajar sesuaikan diri dengan keadaan. Cuma aku terkilan jek dengan apa yang berlaku. Syukur lah Allah masih bagi aku ruang untuk belajar mengendalikan hidup dan mengharungi cabaran. Jika tidak aku mungkin belum belajar sesuatu dalam hidup.

Kelmarin aku dikejutkan dengan berita yang mengatakan aku tak buat keje dalam erti kata asik mengadap komputer. Tapi hakikat yang orang tak tau aku buat keje untuk penyelaras. Apa yang aku kenal tentang diri aku ialah setiap orang yang beri aku tugas atau arahan akan aku laksanakan sesempurna yang boleh...

Salahkah aku jika aku bertanggungjawab dengan setiap amanah yang aku terima..tapi kita susah nak puaskan semua hati. Adakalanya kita terpaksa mengabaikan pandangan orang lain tentang kita. Itu yang berlaku pada aku..dek kerana terlalu memikirkan kata-kata orang, akhirnya memakan diri aku sendiri.

Aku berasa sakit hati yang keterlaluan aku marah dan mengeluarkan kata-kata kesat walaupun hanya di dalam hati..dan hati aku semakin bertambah titik noda. Semakin aku melayan kemarahan aku semakin lalai dan jauh dari Allah..bermakan syaitan telah berjaya menakluk hati aku untuk 2 hari ni.. Astaghfirullah...

Kini aku cuba mempositifkan diri dan menjadikan perkara yang berlaku sebgai cabaran dan semangat untuk aku buktikan bahawa aku tidak seperti yang diperkatakan..Pedulikan lah kata-kata nista dan fitnah tu..sebab aku dah semakin kuat dan semakin bersemangat..Mujurlah aku ada dua permata hati yang selalu menghiburkan disaat aku dilanda ribut taufan yang mengganas dihati..



p/s : Moral kita jangan terlalu ikut perasaan

Tuesday, August 3, 2010

MENYAMPAH

Aku memang dah lama tensen..selepas aku dapat tahu aku kena pindah sekolah. Tapi yang buat aku lagi tensen sebab persekitaran manusia kat sekolah tu. Kalo keje aku memang boleh buat apa je tugas yang diberi...hangin aku sejak 1 Jun 2010 hingga sekarang. Dah 2 bulan aku stay kat sekolah ni..tp hati aku tetap tak dapat terima. cuma aku buat keje dan ikhlas kerana anak2 murid je. PPM cakap cikgu, cikgu cakap PPM..ntah mana yang betul aku pun tak tahu...

Kenkadang aku sian gak kat cecikgu yang senior ni...mungkin corak pemikiran dan pendapat mereka ikut pengalaman, yang junior ikut pengajian kat u..tp susah ke kalau kita buat keje ikut arahan..kita orang bawahan ikut je la. Kalau kita pergi tempat lain belum tentu kita akan menerima keadaan yang lebih baik...

Em..aku harap sesangat aku boleh terima keadaan dan situasi kat sekolah ni..pengalaman berharga yang aku dapat adalah ilmu membuat kuih,kek dan biskut...mungkin aku boleh buat niaga sambilan sebab kemahiran ni aku dapat percuma...tanpa bayaran..apa pun aku ikhlas ditempatkan di SMK SERI PENGKALAN...

Monday, August 2, 2010

LAMA TAK UPDATE

Salam

lama sungguh aku tak update cerita kat blog ni... lama aku tak membuat blog ni berkembang...em apa cerita terbaru???

jeng jeng jeng..aku dah bertukar sekolah baru..sekolah menengah...Sekolah Menengah Seri Pengkalan....sebuah sekolah menengah yang mengajar kemahiran untuk murid2 kurang upaya untuk belajar...aku belajar buat kek, biskut, donat, roti dan sebagai..lepas ni aku boleh buat bisnes kek lak..heheheh dayderaming jek aku ni...hahahaha...

Banyak yang nak aku kongsikan bersama kat blog ni..tp nanti la aku update..nak kumpul material dan sebagainya...nak cari semua gegambar sepanjang aku berhijrah kat sekolah baru...tunggu ye...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Kalimah yang memang setiap tahun kita dengar apabila tarikh keramat 16 Mei. Namun aku tetap berbangga kerana secara tidak langsung aku dapat sama2 meraikan majlis ini walaupun aku bukannya guru...Terbit perasaan bangga dan terharu apabila anak2 didik ini memanggil aku guru walaupun aku cuma seorang pembantu...

Selamat hari guru kepada semua warga SKAG1...

Aku harap tahun terakhir aku di sekolah ini akan meninggalkan kenangan yang manis buat aku dan anak2 disleksia juga anak tumpangan pendidikan khas..Irsyad dan Addy..

Saya Sayang Kamu semua...

Semoga sekolah baru yang menanti akan menjanjikan kehidupan yang lebih bererti dan bermakna buat aku...

Tuesday, May 11, 2010

sudirman:warisan

Mari kita sematkan di dalam dada dan hati untuk cintakan negara Malaysia.

Tanpa kita sebagai pewaris sang saka bangsa negara kita tidak akan maju..




more about "sudirman:warisan", posted with vodpod

Tuesday, April 27, 2010

TANGKAP MUAT

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan pelbagai cerita. Kadangkala x masuk akal dibuatnya. Sepatutnya ini tidak berlaku. Tapi kini ia berlaku. Malang la bagi pelajar ini kerana dia tidak menghadapi masalah yang melayakkan dia berada di sini..tetapi aku tetap kasihan kan dia kerana dia memang tidak patut dan sampai bila2 pun tidak sepatutnya dia berada di sini..apa nasib dia yang akan datang aku sendiri x pasti..namun aku yakin guru2 pendidikan khas yang terlatih ini akan dapat menangani pemasalahan ini..aku berdoa sangat agar murid ini akan memanfaatkan peluang berada disini untuk belajar..

Tapi dalam pandangan aku, dia memang tidak sepatutnya berada di sini..dia memang bukan kategori disleksia..tetapi dia adalah anak murid yang dikategorikan slow leaner...bagaimana dia harus berjuang untuk menentukan nasib dan masa hadapannya kelak aku pun x pasti..

Cuma sekalung doaku agar dia berjaya...

Wednesday, February 24, 2010

RINDU

Salam...
lama x memblogging
lama x jumpa
lama x update...

Harap2 tahun ni akan ada aktiviti menarik..
sekarang aku tengah sibuk nak siapkan cd pengenalan kelas disleksia ni...harap2 lepas ni aku x sibuk dh...em kalo dh siap dapat la aku publish kat blog ni...

sila la komen sebarang post yang aku publish untuk lebih efektif blog ni...

em sampai jumpa lagi...

RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails