Thursday, April 28, 2011

KEK PELANGI...

Salam...

Jumpa lagi dalam ruangan blog aku yang x seberapa ni..kali ni aku perkenalkan Kek Pelangi yang telah ditempah oleh Pn. Noor Huda...Kek ni untuk anak perempuannya yang berusia 2 tahun.

Kek ni sangat complicated..makan masa hampir 5 jam untuk disiapkan..Tapi hasilnya aku puas hati...sebab pelanggan suka...Rupa je warna -warni tapi aku upgrade kan rasa kek ni kepada rasa badam sebab resepi asalnya kek ni hanyalah kek mentega. Itu kata orang dedulu.

Untuk mouse pula aku guna whipping cream or buttercream..bergantung kepada customer...harga kek ni kalau menggunakan krim putar RM 60.00 tapi kalau menggunakan butter lebih mahal iaitu RM 80.00 sebiji. Sebab kek ni oerlu menggunakan butter tanpa garam sebanyak 3 buku or 3 ketul..Seketul je dah RM 10.00 so korang kira la sendiri...


Jom view gambar2 kat bawah...











Rupa dalam kek setelah dipotong.


Ok itu je yang aku nak cerita...lain kali aku story citer lain...sehingga bertemu lagi...
P/s: pesanan penaja, kalau nak tempah sila contact aku di nombor 0193342492...

Sunday, April 24, 2011

PETUA MENGELAKKAN RAMBUT GUGUR DAN MENGHILANGKAN KELUMUMUR

Salam...
Lama juga aku tak post entri terbaru...aku masih kat melaka..pukul 8.00 malam nanti gerak balik Pontian...esok kojo...isk isk penatnyerrrrr.

Tapi disebabkan aku mencuri-curi masa nak post entri ni aku sempat la jugak terbaca info menarik tentang rambut....so aku nak kongsi petua elakkan rambut gugur then cara nak mengatasi masalah kepala kelumumur...

Dah namo nyo perempuan..sumo nak nampak cantik..hehehe..jom la tengok ape yang aku nak share kan ni...
Semuanya ada 3 cara. Jadi cuba la kot berkesan...aku pun belum cuba tapi xcited sangat nak mencuba sebab bahan senang dapat...cumo maso yo yang susah nak cakap...sibuk jo minggu ni, minggu dopan sampai bulan dopan....huhuhu.. 


Cara 1 : Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali. 

Cara 2 : Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali. 


Cara 3 : Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Petua yang kedua ialah bagaimana nak atasi masalah kelumumur kepala. Ada 3 kaedah juga. Jom tengok 

Cara 1 : Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar. 
Cara 2 : Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu. 

Cara 3 : Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Selamat mencuba pada readers out there..aku pun nak try...
P/s : bukan susah nak kekalkan dan pelihara kecantikan yang Allah beri..syukur atas nikmatNya... 
 

Friday, April 22, 2011

TEMPAHAN CHEESE CAKE

Salam

Kali ni aku perkenalkan kek yang menduduki ranking ke-2 dalam senarai tempahan. Kek tersebut ialah kek keju. Kek Keju yang aku selalu buat atas permintaan ramai ialah Kek Keju Oreo Yougurt dan Kek Keju Blueberry. Hrga kek ini RM 60 untuk loyang saiz 9", manakala untuk saiz 6" harga sebiji ialah RM 30.






Seperti biasa sebarang tempahan sila hubungi aku di 0193342492...
Tempahan mesti lah seminggu awal dari tarikh dikehendaki..bukan ape aku keje ofis hour..so balik pukul 5 kenkadang kedai bahan kek tutup awal..

Setakat ni semua pelanggan aku suka dan siap repeat order..hehehe

P/s: belajar buat kek secara pengamatan jek...

Monday, April 18, 2011

MY 1ST CONTEST I HAVE JOIN...NGGGGEEE

Salam...
Actually aku xpernah pun nak join mana2 contest yang dianjurkan kat laman2 blog yang ado..hukhukhuk sian kan...bukan ape aku jenguk blog pun kenkadang seminggu sekali..bz gile dengan keje...jahit baju and the new side income tempahan kek..

Apa cepat kaya??? huh..jangan le salah sangka..xde mananye cepat kaya cam gini..aku cari side income ni pun sebab nak kumpul budget further my MASTER..hmmm

Cerita lanjut xnak lelebih tapi lebih teruja untuk join contest yang pertama ni..bukan sebab nak ngejor hadiah semata..sebab blog aku pun bukan besh cam blog org lain..nggggeee..tapi sebab just nak memanjakan diri dengan contest2 yang akan datang wakakaka..

Jom check contest apa aku baru join ....taaaaaarrrrrraaaaaaaaaa

Jom le yop ke yong join contest ni
Klik je kat SINI
I Love My Man Contest
Tag : SI TECIK

Aku suko-suko jo ni..tak monang pun x po..usoho tanggo kejayaan...

Hehehe..kepada penganjur..nampak le hendaknye aku ni..wakakaka...terima kasih penganjur...hehehe bodek ke???? ngggeee

Sunday, April 17, 2011

KISAH SANG KANCIL DENGAN BUAYA YANG BODOH

Salam...

Agak lama juga aku x post entri baru kan...so kali ni aku nak share lagi tentang citer kartun time aku kekecik dulu...camne citenye??? ha.. cecite...

Katun kali ni watak utama mesti le kancil ye dak..ala kalo kome ingat le time tu kancil suruh semua buaya berkumpul dalam sungai sebab dia nak ke seberang makan buah...tapi sebab ikan dah pesan dalam sungai ada buaya jadi dia cari akal..

Paling aku suka bila buaya cakap..." apa takde la makanan???"

Hahahaha..sian buaya..tapi kancil pun kecewa gak akhirnya sebab bila dia sampai seberang buah sume dah kena makan dengan monyet...

P/s : moral of the story, jangan menipu orang lain kerana kita juga akan kerugian...

Jom layan katun ni...
  video

Saturday, April 16, 2011

MACAM MANA SHOUTBOX AKU ADA KATUN CUMEL????

Salam...


Dah berentri hari ni aku nak post entri berbaur tutorial...so kali ni aku nak ajor kome macam mana shoutbox aku tu ada smiley dan katun cumel...

Korang g dulu setting shoutbox korang..pilih SETTING>SMILEY






Nanti masukkan link URL yang korang berkenan tu kat dalam ruangan yang ado..Jgn lupa lak korang letak kod yang korang suka macam smiley tu letak kod cam gini ke :).

Kalau korang nak animated cute klik je LINK NI 


Dah sudah save setting..dah siap...suka suka suka X???

Kredit pada CIK TOMATO..sebab sudi buat tutorial best ni bukan utk aku jek..tp sume blogger lain..hehehe kasik up sket...aku ni silent follower die..kehkehkeh..

P/s: sebarang kerosakan aku x bertanggungjawab..huhuhu

CHOCOLATE MOIST CAKE

Salam...

Entri terbaru aku ialah page untuk tempahan kek. Setakat ni aku dah menyediakan tempahan Kek Keju Oreo, Kek Coklat Moist, Kek Marble, Kek Coklat Indulgence, Kek Coklat, Kek Blueberry dan Kek Pelangi.

Setiap kek mempunyai rasa yang unik, rupa yang menarik dan yang paling penting sodaaaaaaaappppppp...kekekeke.

So untuk entri kali ni aku perkenalkan Kek Coklat Moist.








Kek ni berharga RM 40..tapi kalau utk sebarang majlis siap tambah deco la...

Kek Selepas DIhias...
  



Jadi kepada yang nak menempah sila gunakan talian SMS ke nombor 0193342492...

P/s: kek ini merupakan pilihan utama setiap pelanggan wajib untuk sebarang majlis...

Thursday, April 14, 2011

CHURP CHURP LAGI....

How’s your child feeling today? Is he a Cutey Pie as always or a lil’ Grumpy? Learn how they feel today! #NestleChildsMood

Salam kengkawan..belum sempat lagi nak upload entri baru tapi aku just nak share ngan korang tentang kempen churp churp ni..Klik la link kat atas tu ye...

Menarik sgt...

Thursday, April 7, 2011

ERK TELUR AYAM TIRUAN??? BIAR BETIK

Salam...

Erk..terkedu sekojap dengan perkataan telur ayam tiruan...Macam2 boleh buat dengan teknologi dan bahan canggih sekarang...tapi x terpikirkah kita yang ia membahayakan kesihatan orang ramai...

Hari ni aku terbaca la Kosmo Online..terpandang je tajuk dah cukup buat aku terkujat..huhu. mana taknye aku ni kan pengusaha kek dan bahulu..ceeeewah...kalo tersalah beli tak ke naya!!!!

Ni aku petik dari Kosmo Online pg tadi...

Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.


Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

Telur tiruan dibuat daripada kalsium karbonat, kanji, resin, gelatin, tawas dan produk kimia lain

Nak baca lebih lanjut KLIK je kat SINI

View la gambar2 kat bawah ni untuk bahan dan proses membuat telur tiruan yang memang boleh menjadi penyebab utama keracunan makanan...









Zaman sekarang makin dashat...jadi berhati2 la kengkawan...

Sunday, April 3, 2011

CHURP CHURP

Don't you just love a sweet dessert on a hot hot day? #myhoneymoon is here to wipe your perspire away with their awesome shaved ice & more!

Saturday, April 2, 2011

KISAH GAGAK YANG BIJAK

Salam...

Kali ni aku nak kongsi citer katun lama. Katun ni memang popular la zaman aku sekolah rendah dulu..Bagi aku katun ni standard la Walt Disney punya katun masa tu la...
Masa dulu dah ada dah katun Tom n Jerry, Popeye The Sailorman, Bugs Bunny, Woody Wood Pecker. Tapi pada aku katun tu susah dapat tengok sebab aku bukan selalu dapat tengok. Maklum lah dedulu tv pakai bateri..hehehe...

Tak nak la citer panjang..jom layan katun ni...

video

P/s: agaknya anak2 aku suka ke katun ni???

RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails