Friday, December 24, 2010

PANDAINYA BALQYSH

Salam...

Lama juga aku tidak post entri terbaru...kali ni aku nak story tentang anakanda kedua aku Nurul Balqysh bt Syaharuddin. Umur dia baru 1 tahun 5 bulan. Tapi apa yang menyebab kan aku nak tulis pasal dia sebab dia dah buat aku rasa terharu semalam. Ingat malam tadi aku nak posting entri terbaru tapi tak sempat.

Em tentu readers sumer tertanya apa yang dia dah buat.???

Semalam aku nak gi kedai depan rumah..beli bihun kering. Si adik ni dengar je aku nak g kedai, dia dah berlari ke dapur. Selalunya dia yang berlari ke pintu. Tetiba je aku nampak dia datang berlari ke arah aku sambil membawa kain tudung. Terus aku peluk anak dara kecil aku sambil nak menitis air mata aku sebab dia tahu aku akan pakai tudung kalau nak keluar rumah even depan rumah sambil jirus pokok bunga.

Dah besar rupanya anak ibu...desis hati aku...

Malam tadi ada juga keletah baru yang aku perasan tentang anak dara kecil aku ni. Sekali lagi dia buat aku terhibur bila dia pujuk abg dia supaya tidak menangis sebab dimarahi aku. Dia cakap kat abg dia " Abam..ngan ngis..." sambil dia lap air mata abangnya. sedih pun ada. Mungkin tak tahu cara nak pujuk abang dia...dia lari ke dapur dan bagitau nenek dia...Nenek dia cakap kat aku dia mengadu abang menangis. Nenek dia tanya kenapa abang nangis...Maka terpantul ayat " Abu aghah..akut"

Tak sangka anak aku dah pandai meluahkan perasaan walau sekecil tu..Tapi aku tak faham kenapa ada juga manusia kejam yang sanggup mendengar bisikan kata syaitan untuk humban anak yang sekecil 9 bulan semata-mata nak melepaskan geram dan kemarahan. Tak terasakah kasih kepada anak itu???

Aku tersentuh setiap kali melihat ada saja kerenah dan keletah baru yang anak-anak aku buat menunjukkan perkembangan mereka membesar. Harapan aku semoga anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan solehah...amin...

Aku upload sikit gambar-gambar balqysh....




Saturday, December 18, 2010

ANAK KECIL YANG TAKUTKAN API NERAKA

Salam ....

Aku kembali lagi dalam areana blog walaupun hampir 2minggu tanpa posting terbaru...
Kali ni aku ingin berkongsi sedikit ilmu dan pedoman untuk sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri.

Sedikit pun ilmu itu kalau disampaikan dan dimanfaatkan akan menjadi pahala berpanjanga...mudah-mudahan...

Baca ni...

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"


Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."


Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah

Wednesday, December 15, 2010

LAMA AKU TIDAK BERKARYA...

salam...

Lama x update...
Sekarang ni aku tengah belajar menggodek blog bagi lagi cun n mantop...
Aku belajar dari aliyaanuar...thanks sgt sebab cik kak ni sudi ajau aku yg memang minat nak meneroka blog.

Apa pun lepas ni aku harap ilmu yang aku dapat aku praktikan...
Kepada sifu2 yg aku blogwalking blog mereka izinkan aku cedok ilmu yang korang bagi ek...

Sampai ketemu lagi...

Thursday, December 9, 2010

MUHARRAM

Salam...

Kali ni entri berbentuk tazkirah sempena bulan Muharram. Aku nak berkongsi ilmu dan juga sebagai panduan buat diriku sendiri. Alhamdulillah aku berada pada hari ke-3 berpuasa dalam bulan Muharram bulan Allah. Insyaallah kalau dapat aku berpuasa hingga hari yang ke-10...

Em...baca ye...info ni aku petik dari
:http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

P/s: semoga kita bersama mendapat ilmu dan memperbanyakkan amalan...Wallahualam

Thursday, November 25, 2010

GAMOGEN & KTELLA MINUMAN SARANG BURUNG

Salam...

Lama aku tak update blog ni kan...maaflah buat semua follower sebab aku memang busy sangat akhir2 ni...tp tak pe aku singgah juga walau sekejap sebab nak share info ni...

Aku sekarang mengamalkan pengambilan supplement untuk kesihatan aku yang mana pada fizikalnya memang nampak sihat tp daalamn aku tak berapa sihat...terutama masalah perut.

Alhamdulillah pengambilan berterusan selama 3 bulan aku mengambil Gamogen daripada keluaran Healin ni aku tengok sendi-sendi aku makin kuat dan. Tambahan pula lutu aku memang sakit sebab pernah jatuh dulu pun makin baik. Harga memang mahal jugak tapi aku tak kisah yang penting khasiat. Duit boleh cari tap kesihatan memang susah nak dapat kalau tak jaga denganbetul. Kat bawah ni aku bagi sikit info tentang kebaikan mengamalkan gamogen...

mengurangkan sakit sendi , urat & otot

menganjalkan kulit

menjadikan kulit awet muda

meningkatkan daya tahan badan

mengelakkan salur darah tersumbat

mencegah kanser

bronchiolitis

resdung

batuk berpanjangan

alahan

alahan kulit / eczema

mengembang salur darah tersumbat (jantung, stroke)

menurunkan tekanan darah

melancarkan perjalanan darah

melembut parut baru dan lama

meredakan radang

menyurutkan bengkak

mencegah pembekuan darah (sakit jantung, stroke)

membantu pesakit kencing manis

membantu masalah kemandulan

penyembuhan luka luaran & dalaman (gastritis)

memberi tenaga

membakar lemak

lelah, bronchitis

mengatasi kurap dan panau

daya penenang

mengurangkan debaran jantung

penahan sakit

rasa tidak selesa





Supplemen kedua pula aku amalkan minuman sarang burung keluaran KETELLA. Hampir 3 bulan juga aku dah amalkan. Rasanya manis dan macam minum air kanji nasi. Tapi yang bagusnya rambut aku dah mula kuat.

Antara fungsi lain...

Air Sarang burung dipercayai mempunyai banyak khasiatnya. Khususnya dalam mengurangkan masalah kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi spleen perut , masalah berkaitan dengan paru-paru, dan hati. Sarang burung ini digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, tuberculosis, baatuk daan phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemoptysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, dan lain lagi. Sarang burung juga digunakan bagi batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga, dan lain-lain.

Bagi yang nak cuba tak salah...tapi setiap amalan pemakanan untuk nampak kesan adalah selama 3 bilan..jangan cepat berputus asa jika rasa baru sebulan mengamalkan tapi tak nampak kesan apa2...

Apa-apa pun aku just share info untuk kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga...

Saturday, November 20, 2010

TAK SEMPAT NAK UPDATE!!!

Salam...

Lama x memblogging...
Tak sempat nak update...
Pasti ada yang rindu post terbaru...

Insyaallah...lepas habis semua komitmen yang bertamu aku update..
Salam sayang ...

Saturday, November 6, 2010

FAHIM MAKAN SIPUT SEDUT...JENG JENG JENG

Salam...

Lama rupanya aku tak post apap2 entri baru. Hari ni aku nak cerita pengalaman anak sulung aku Fahim yang pertama kali makan siput sedut. Gelihati pun ada, kesian pun ada.

Aku seperti biasa balik rehat tengahari pukul 1.00 petang mesti balik rumah. Nak dijadikan cerita, hari tu mertua aku masak siput sedut masak lemak cili api. Kemain aku sedut muncung yang dipotong n kepala siput tu. Ada yang keluar sekali sedut, ada yang berkali-kali disedut pun tak keluar juga. Maklumlah aku memang tak pernah makan siput sedut. Semenjak kahwin je aku cuba makan sebab keluarga mertua aku memang penggemar siput termasuk hubby...

Berbalik pada kisah Fahim tadi....dia pun sibuk nak makan siput tu sebab tengok rupa cengkerang siput tu memang nampak sedap...aku pun sedutkan n buat tampuknya terus masuk ke mulut dia. Jadi dia memang tak nampak rupa siput tu secara detailnya. Entah macammana dia nak cuba sedut sendiri. Dia sedut-sedut dan terkeluarlah isi siput tu....Faham-faham je la rupa isi siput tu macamnakan...

Tetiba je dia terjerit-jerit n terjundari kerusi...aku ingatkan dia menjerit sebab kepedasan atau tercekik kulit siput tu. Rupanya dia terpandangkan isi siput yang terjulur keluar tu. Isi siput tu kan bergoyang-goyang kat cengkerang tu. Jadi dia rasa geli dan takut. Dikorek-koreknya tekak dia nak keluarkan siput yang dah ditelan sebelumnya. Kesian aku tengok dia. Tapi masa kejadian tu aku memang kaget la sebab dia tak pernah menjerit macam tu.

Aku peluk dia...n ngangakan mulut dia. tengok takde apa. Dia terus lari kedepan n menjerit-jerit tak nak makan siput dah...tak nak makan siput dah....Aku pun terus bawa dia ke kusyen buatkan susu. Masa tu kakak ipar aku pun sampai. Dia pun tercengang pasal apa Fahim menjerit-jerit. Sambil dia minum susu, mata dia pun terlelap...sekali lagi Fahim terjerit2 sambil tanggalkan seluar dia. aku pun hairan campur terkejut bertanbah panik. Dia lari pergi bilik air dan jerit panggil nenek dia buangkan.... buangkan....nenek dia pun terkejut dan cebokkan dia cakap dah takde dah siput dh lari....

Sampai macam tu sekali anak aku takut. Aku pun risau juga sebab tak pernah tengok dia macam tu. Kebteulan hubby aku masa tu dh ada kat Alor Gajah...so aku panggil la untuk tengokkan anak aku. Hubby aku tanya dia dan Fahim pun cakap siput gigit...siput gigit...aku tersenyum rasa gelihati pun ada kesian apa lagi....

Tapi satu hal yang aku tengok anak aku ni...dia lemah semangat...mungkin ikut aku yang memang penakut ni...Pengalaman berharga aku sebagai ibu...



Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja. Gambar sebenar tak sempat nak ambil.

p/s: Janganlah kita sering menakut-nakutkan anak kita dengan cerita dan metos kerana ianya akan melemahkan semangat anak kita..tapi berilah kata2 dorongan dan pujian supaya dia membina keyakinan dirinya....

Tuesday, October 26, 2010

MANA NAK CARI DUIT TAMBAHAN NI....

Salam...

Kali ni entri aku berkisar soal peribadi. Huh tengok tajuk mesti korang pun fikir benda yang sama..huhuhu tapi itulah hakikatnya life aku sekarang. Duit tak pernah cukup. Macam-macam aku buat sampai menjahit hujung minggu tak juga cukup.

Tapi belanja la sekadarnya. Jangan berbelanja lebih dari pendapatan. Nanti hidup dalam keberhutangan. Tapi serius macammana aku nak dapat duit lebih ni????

Wednesday, October 20, 2010

MATI OTAK DAN KAITANNYA DENGAN DERMA ORGAN

Salam...

Hari ni baru aku tau rupanya derma organ ni bukan senang-senang prosedur. Kalau nak derma organ penderma mesti lah dikategorikan mati otak. Mati otak ni sebenarnya pesakit tu dah meninggal dunia. Tapi jantungnya masih berdenyut.

Ha...jangan kita anggap orang yang mati otak tu sebenarnya masih hidup walaupun jantungnya berdegup. Sebenarnya pesakit masih mempunyai degupan jantung kerana alat bantuan pernafasan.

Hmmm korang pun mesti ada yang tak tau kot..macam aku yang baru tau ni.. Tapi kalo korang dh tau pun aku tak kisah. Ni just nak share info yang aku tau...tapi sebenarnya bila mati otak ni doktor memang la menjadi orang penting yang bertanggungjawab untuk menamatkan degupan jantung pesakit. Tapi jangan la menjatuhkan hukum terlalu awal sebab pesakit sebenarnya memang dah meninggal.

Em kalau korang nak tau lebih lanjut baca info ni kat :

1)http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=9009
2)http://www.infosihat.gov.my/media/bukuKecil/BK_Pendermaan%20Organ/matiotakdanpendermaanorgan_BM.pdf

Doktor cuma buat apa yang patut sebagai tugasnya.Dlam konteks di Malaysia amalan pengesahan pesakit kematian otak meninggal dunia oleh dua pakar telah menjadi undang-undang negara. Bukannya sebab kita nak sengaja nak tamatkan penderitaan pesakit dengan memberi ubat atau suntikan supaya orang yang derita sakit tu meninggal. Sebab apa biasanya orang sakit tu masih bernafas dan jantungnya masih berdegup. Kalau disuntik untuk menyebabkan dia meninggal itu dah kejam namnya.

Mati otak ni sebenarnya berlaku kerana pangkal otak pesakit yang mengawal denyutan jantung dan pernafasan tidak lagi berfungsi. Describe sikit...Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan
keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu bahagian otak yang mengawal aktivitiaktiviti
penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi.
Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.

Jadi kaedahnya kalau nak jadi penderma organ pesakit ni kategori mati otak. Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi
melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih
dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya
akan dilakukan setelah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati
otak tersebut.

Monday, October 11, 2010

FAHIM DAH PANDAI KE TANDAS

Salam...

Hari ni genap 2 minggu Muhammad Fahim b. Syaharuddin tak pakai dryper waktu siang. Aku latih dia kencing dan berak dalam tandas. Alhamdulillah ketakutan aku beransur hilang bila hari ke-2 dia dah pandai pergi tandas sendiri walaupun terjerit-jerit dalam tandas. Mula-mula tu payah juga sebab dia tak pandai nak bagitau kalau nak kencing atau berak.

Hari pertama dia tak berak-berak sampai malam. Itu pun sebab aku pakaikan dryper. Dia takut nak mencangkung atau duduk kat dalam tandas. Kesian juga pada dia bila aku marah dia sebab tak nak bagitau dia nak berak. Tapi aku faham kali pertama mesti setiap dari kita akan berperasaan begitu.

Senyum aku melihat keletah anak bujang kecil aku sebab tak le susah sangat nak atur dia buang air. Cuma pada pendapat aku, seseorang ibu itu, mestilah berdisiplin dan mempunyai keazaman yang tinggi. Tambahan faktor kerjaya juga membuat kenkadang seseorang ibu itu malas.

Lepas ni bajet untuk dryper Fahim untuk bulan akan datang boleh dijimatkan dan akan digunakan untuk tujuan yang lain. Tiada apa yang lebih bermakna pada aku bila melihat pembesaran anak-anak di depan mata. Hmmmm..nampaknya lepas ni aku dah boleh menarik nafas lega sebab tak perlu risau kalau dia terkencing merata-rata. paling mencuit hati bila kali pertama dia berak di tandas.. Geli hati pun ada sebab dia dok mencangkung berak dalam seluar dah tu tak berani nak cakap. Punyalah kesian aku tengok dia menangis ingatkan ape rupanya terberak dalam seluar.

Apa pun aku puas hati dengan pencapaian anak sulung aku ni. Cepat belajar. Lepas ni aku dah boleh harap dia untuk henjut buai adik dia, mandi pun dah pandai sabun badan sendiri. Kemas tempat tidur pun dah pandai.

Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan aku anak-anak yang sempurna akal dan fizikal... Alhamdulillah

Ini petikan artikel dari My Metro

Famili: Latih anak guna tandas
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/04/21


Tentu amat menyedihkan apabila sofa yang baru itu terpaksa dicuci disebabkan najis anak. Tetapi jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk mengajar anak ke tandas.

Menurut kaunselor laktasi daripada www.sarakids.com, Farah Farhan Abdul Fattah, yang juga ibu kepada dua anak, Puteri Sara Azalea, 3, dan Puteri Syasya Adalea, 2, sebagai ibu yang sibuk bekerja mengajar latihan anak ke tandas me merlukan keprihatinan serta tempoh berlanjutan.

Ini kerana ibu memerlukan kesabaran ketika mendidik anak menjalani latihan ke tandas.

Sebelum membeli tandas duduk, ibu perlu mengenali tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:

- Apabila dia sering cakap, “Mama, dah basah” atau “Bibik, nak tukar lampin lain”. Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.

- Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.

- Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ‘poo poo’ sedangkan sebenarnya tidak.

- Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, “Eeee...malu pakai lampin”. Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.

- Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain akan menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.

Menurut Farah Farhan, apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas.

Katakan pada anak, “Ini maknanya kakak dah boleh belajar buang air kecil sendiri”.

Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:

* Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.
Menurut Farah Farhan, banyak kebaikan menggunakan tandas duduk kanak-kanak ini. Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.

Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.

Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.

Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak untuk lebih berdisiplin.

* Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.

* Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.
“Ya, memang betul pada hari pertama di hadapan peti ais, tiba-tiba anak saya, Puteri Sara Azalea berkata, ‘Eeh, ter kencing la mami’. Akibatnya Farah terpaksa membersihkan lantai rumah seminggu.

* Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air. Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda mem beritahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.

* Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ke tandas untuk membuang air kecil.
Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air. Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.

* Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil.
“Saya katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula”. Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.

* Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya. Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.
Sebagai ibu, Farah Farhan tidak akan memaksa, tetapi lebih kepada pendekatan memujuk.

* Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas. Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.

Panduan dan cabaran:

- Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa. Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat. Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.

- Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas. Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.

- Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang se dang belajar ke tandas. Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.

- Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.

“Saya yakin, tidak lama lagi Sara sudah tidak memerlukan lampin. Saya yakin, Sara saya akan belajar dan pandai ke tandas. Itulah doa saya”,” katanya.

Jumpa lagi...

Friday, October 8, 2010

SEBAK TETIBA...

Salam...

Kita bertemu lagi dalam ruangan blogger ni...

Aku cuma nak zahirkan perasaan sebak bila tiap kali aku menziarah kaum keluarga atau jiran tetangga yang dapat mengerjakan ibadat haji. Hati aku sebak...paling menjeruk hati bila aku berharap sangat yang aku akan dapat sama seperti mereka untuk beribadat dan menjalani haji di Tanah Suci Allah.

Kalau la aku berkesempatan ke sana..aku nak sangat minta pada Allah ampunkan segala dosa2 aku, ibu ayah aku, suami aku, adik2 aku, mertua aku dan sahabat serta keluarga aku.

Aku nak sangat menghadiahkan mak ayah aku perjalanan pergi dan balik haji kalau aku mampu. Tapi dengan gaji dan kerja aku sekarang tak tahu la bila aku dapat menunaikan impian mak aku yang teringin sangat ke Mekah.

Aku harap sangat Allah murahkan rezeki dan makbulkan niat aku nak hantar mak aku ke sana. Aku memang dah pasang niat 5 tahun usia perkahwinan aku nak ke Mekah buat umrah. Tapi Allah belum buka lagi ruang untuk aku.

Tepat pukul 5 petang tadi jiran aku Mak Cik Zainab dan suaminya Basri telah memulakan langkah untuk menuju ke Tanah Suci Allah. Pemergian mereka berdua diselangi dengan rintisan air mata yang mendoakan agar mereka selamat pergi dan balik serta dapat mengerjakan ibadah haji yang mambrur dan sempurna.

Kat sini aku uploadkan sikit gambar-gambar sepanjang peristiwa petang tadi..




Thursday, October 7, 2010

AKU DAN PAP SMEAR

HUH gileeeeeee....

Aku kena buat ujian PAP SMEAR?????

Sebab apa aku ada rekod masalah kesihatan dalaman. Ala aku terang sikit la kot ada yang tak tau...

Masa aku preggy tahun lepas aku mengalami masalah keputihan yang kronik...Sampai keluar cairan kekuning hijauan. Setelah didiagnosis aku ada kuman GBS +ve... GBS ni bukan siri drama kanak2 Geng Bas Sekolah tu. Ntah la pe stand untuk GBS ni pun aku tak tahu.. tp ada la doktor tu cakap streptococus ke kek kukus ke ntah apa2 la.

Semalam aku bawa anak kecil aku g check up bulan2 kat KKIA, Alor Gajah. Nurse tu tengok rekod anak aku, then tanya aku history during aku preggy dulu...aku citer la apa yang patut..tup tup tup ayat dia " kak, akak mesti buat ujian pap smear bulan depan"...berdetak bunyi jantung aku..seriau gilerrrrrrrrr.

Balik je dr klinik aku find out la serba sedikit info pasal pap smear ni. So aku nak kongsi la kat readers n blogger yang singgah kat sini...

Baca ni...





Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.





Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
Mereka yang kerap bertukar pasangan.
Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

1. Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
2. Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan

p/s: mencegah lebih baik dari mengubat...

Tuesday, October 5, 2010

MENINGGALKAN SOLAT LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.

Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh.

Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.

Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.

Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.

Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.

Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


--------------------------------------------------------------------------------

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.

Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.

Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.

Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud


p/s : renung-renungkan bersama wahai teman blogger n readers di luar sana. Apakah kita masih mahu terus-terusan menzalimi diri kita sendir..Astaghfirullah...

Note: nasihat ini saya petik dari portal iluveislam.com

Thursday, September 30, 2010

MAJLIS HARI RAYA DAN MERAIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR DI SMKSP

Salam...


Best yang tidak terhingga..itu je yang mampu aku katakan. Hari ni aku n guru-guru p.khas bawa budak untuk menyambut hari raya di Hotel Ancasa, MITC. Majlis ni juga sempena meraikan pelajar tahun terakhir yang akan duduk di SMKSP. Sedih pula aku rasa time ni..

Tapi bila bab amik gambar masing2 tak hengat hahaha....paling best bab makan sume xsabar. Tak lupa gak thanks to all students yang buat persembahan...korang memang best..mungkin ini akan menjadi kenangan terindah aku bila aku pindah Johor nanti.

Rakan sekepala aku Cikgu Masmudah Musa..dia ni memang sempoi gila..sama otak ngan aku..walaupun dia muda dari aku..tapi dia memang best arrr...

Em, tengok je la gambar2 ni:




Masa ni kat MYDIN, MITC









Sepanjang majlis aku asik dok berposing..hehehe





Persembahan murid. Cayalah anak2 SMKSP





Sebelum balik sempat posing lagi tu...

Baiklah..hingga jumpa lagi...

Friday, September 24, 2010

AT LAST I DID IT (KEK GULA HANGUS)







At last i did it. My hubby really like n love this cake. Im really impress. Hope all readers n viewers my blog also like n yet please leave your comment about my sucsessful of make this special cake for my hubby.

Also thank you to dari dapur azali blog for the ingredients n how to make it...

P/s: anyone want share???

Wednesday, September 22, 2010

HOBI BARU

Salam...

Aku dah bertemu dengan hobi baru. Kali ni aku tengah gila buat kek coklat. Siap dapat tempahan dari penduduk taman setempat...hehehe...

Boleh buat duit gak hobi aku ni...tapi paling best kalau aku buat memang tak cukup sebiji sebab anak2 aku memang suka makan...

Nanti aku upload gambar ye...

P/s: agak2 boleh buat bisnes X???

Wednesday, September 15, 2010

SEKOLAH HARAPAN

Salam...

Bertemu lagi...kerajaan negeri Melaka tetap akan membuka sekolah untuk gadis2 yang terlanjur dan mengandung luar nikah. Ada pro n kotra pada pandangan aku. Tapi kita lihat lah dari aspek positif sahaja. Sebab kalo diperdebatkan pun aku rasa masing-masing ada pendapat.

Apa yang bagusnya sekolah ni, ianya diurus dan dikelolakan oleh JAIM sepenuhnya. Jumaat ni bersamaan 18 September 2010 secara rasminya sekolah ini akan beroperasi. Siapa lagi nak membela nasib mereka yang terlanjur ni kalau bukan masyarakat kita sendiri.

Berilah mereka peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Jika kita terus mencari kesalahan mereka sampai bila pun aku rasa masalah ni takkan selesai.

Kat sekolah ni mereka akan dibimbing sepenuhnya dan akan dibentuk semula untuk menjadi manusia dan mereka juga akan dilindungi sepenuhnya bukan untuk menutup cemar yang pernah dilakukan tapi untuk membimbing mereka ke jalan yang lebih baik.

Aku sokong sangat cadangan Datuk Sharizat Jalil supaya hukuman gantung bagi kesalahan membuang bayi luar nikah ni. Patutnya tangkap yang jantan tu sama. Tak adil kalo yang perempuan je yang dipersalahkan. Biar depe rasa sesama sebab masa seronok tak ingat tu semua. Tapi bila nak jatuh hukum yang siperempuan malan jek yang nak tanggung semua..mana aci...

sekian..

P/s: jom bincang n komen sikit...

UMUR BERSARA NAIK KE 60 TAHUN????

Tak paham aku apsal ceupacs nak 'fight' untuk naik kan had persaraan umur penjawat awam dari 58 ke 60 tahun. Aku bukan nak kondem terang-terang tapi pada pendapat aku la aku tak setuju sama sekali. Bukan menidakkan keupayaan pekerja-pekerja yang veteren ni tapi setidaknya beri lah peluang pada graduan yang masih baru untuk mencari pengalaman kerja.

Sekurangnya muka-muka baru ada peluang cari pekerjaan dan ada pengalaman sendiri. Banyak lambakan tenaga kerja tapi peluang kerja tidak ada..macammana??? Lagipun kesian la staf yang sudah berumur ni. Mereka dah mencurah keringat berpuluh tahun. Setidaknya berilah mereka menikmati masa rehat bersama orang tersayang disamping menjalankan amal ibadat tanpa kesibukan kerja.

Aku rasa kalau nak ikut negara jiran macam Singapura dan Thailand yang mana penjawat awam bersara sekitar umur 60 tahun hingga 62 tahun,memang tak patut. Kesian la sebab umur sebegitu masih perlu memanjat tangga atau naik lif dan berdepan dengan kerenah birokrasi serta masalah kerja yang tak pernah habis.

Kesimpulannya pendapat aku tidak setuju. Patutnya berilah peluang pada fresh graduate dan mereka yang layak untuk menikmati pekerjaan terutamanya dibidang dan sektor awam.

sekian..

Tuesday, September 14, 2010

KEJAM

Apa yang dapat aku katakan adalah KEJAM, KEJAM, KEJAM...

Inilah sebahagian wajah Pembunuh kejam kes pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya. Aku harap sangat la suspek-suspek ni dikenakan hukuman setimpal supaya mereka tidak terlepas dari hukuman. Apa yang boleh aku katakan pihak polis kena strugle cari bukti untuk pertuduhan sebab peguam ni memang licik. Tapi setinggi mana pun tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.







Jika sebelum ni ada antara ahli perniagaan yang hilang dan tak jumpa-jumpa, firasat aku kuat mengatakan modus operandi adalah sama, bunuh, bakar dan buang abu. Cuma kali ni Allah beri petunjuk dan bantu untuk mengelakkan ada lagi mangsa yang malang.

p/s: Tahniah buat semua anggota polis Malaysia sebab berjaya menyelesaikan kes pembunuhan kejam ni...

LEBUH RAYA GUTHRIE

Baru aku tau rupanya ada lebuh raya kedua selain NKVE kalo nak ke utara. Yang bestnye lebuh raya guthrie ni menjimatkan minyak dan masa perjalanan. Bayangkanlah selalu kalo aku balik perak minyak memang kering kalo isi tangki kancil penuh. Perjalanan ambil masa 6jam termasuk berhenti 1 jam rehatkan badan dan kereta.

Dengan menggunakan laluan lebuh raya guthrie aku cuma ambil masa 5jam termasuk 1jam rehat..best tu..cumayang tak berapa best ada 3 tol yang kena bayar sebelum keluar highway besar. Setiap 1 tol kena caj RM 1.40. kiranya aku kena bayar tol lebih RM 1.00 la berbanding NKVE highway..

Apapun aku puas hati la gunakan highway Guthrie ni....

P/s: buat teman2 pembaca cubala guna jalan ni...






RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails