Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

PETUA UNTUK KECANTIKAN KAKI

 Salam...
Jom priview gegambar ni dulu...



Lama juga aku tak bagi petua..kali ni aku nak share petua  cara penjagaan kaki yang bermasalah..sebelum tu nak bagi kredit kat LAMAN PETUA NENEK

Kaki Bersisik
  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
 
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-
  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
 
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki
  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
 
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki
  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
 
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Setakat ni petua merawat kuku kaki je yang aku dah cuba..hasil not bad..cuma kena rajin la...

Sunday, April 24, 2011

PETUA MENGELAKKAN RAMBUT GUGUR DAN MENGHILANGKAN KELUMUMUR

Salam...
Lama juga aku tak post entri terbaru...aku masih kat melaka..pukul 8.00 malam nanti gerak balik Pontian...esok kojo...isk isk penatnyerrrrr.

Tapi disebabkan aku mencuri-curi masa nak post entri ni aku sempat la jugak terbaca info menarik tentang rambut....so aku nak kongsi petua elakkan rambut gugur then cara nak mengatasi masalah kepala kelumumur...

Dah namo nyo perempuan..sumo nak nampak cantik..hehehe..jom la tengok ape yang aku nak share kan ni...
Semuanya ada 3 cara. Jadi cuba la kot berkesan...aku pun belum cuba tapi xcited sangat nak mencuba sebab bahan senang dapat...cumo maso yo yang susah nak cakap...sibuk jo minggu ni, minggu dopan sampai bulan dopan....huhuhu.. 


Cara 1 : Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali. 

Cara 2 : Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali. 


Cara 3 : Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Petua yang kedua ialah bagaimana nak atasi masalah kelumumur kepala. Ada 3 kaedah juga. Jom tengok 

Cara 1 : Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar. 
Cara 2 : Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu. 

Cara 3 : Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Selamat mencuba pada readers out there..aku pun nak try...
P/s : bukan susah nak kekalkan dan pelihara kecantikan yang Allah beri..syukur atas nikmatNya... 
 

Wednesday, March 23, 2011

MASALAH DAGU BERLAPIS DAN PENYELESAINNYA...

Assalamualaikum...

Entri kali ni aku nak bagi petua sikit...sebabnya sume orang cakap badan aku dh kurus tapi muka aku masih gumuks...huhuhu..mana xnya dah dagu aku berlapis macam kuih lapis.....nnnnggggeeeeee...

Kali ni aku nak share dengan readers kat luar sanan or yang terblogwalking kat page ni macammana nak buang dagu yang berlapis tu...Tapi korang kena rajin dan berdisiplin baru lah hasilnya...mannnntooopppp....hehehe

Petua ni aku jumpa masa godek2 pak google....so terjumpa LINK BEST ni...jom cekidaut...


1. Melakukan senaman secara rutin

2. Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang

3. Elakkan diet yang melampau

Senaman mesti kita lakukan untuk hasil yang menakjubkan...


1. Kunyah gula-gula getah

Cara ini baik untuk otot rahang dan dagu anda.


2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.
~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher anda.
~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.


3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.
~ Cuba sentuh hidung anda dengan lidah
~ Ataupun cukup sekadar keluarkan lidah anda sejauh yang termampu.
~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.

4. Tepukan @ tamparan

~ Letakkan sedikit krim sejuk bawah dagu anda.
~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.
Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.
~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.
~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.

5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak
menggigit sesuatu.
~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

Hmmm agak2 berjayakah aku...Jom tengok beza dagu aku dulu dan sekarang...

sekarang

dulu

p/s : tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu....

Tuesday, September 7, 2010

TIPS DAN PETUA HILANGKAN LEBAM MATA

Salam...

Jumpa lagi..kali ni aku nak kongsi petua dan tips untuk kurangkan dan hilangkan kesan lebam yang ada dibawah mata.




Find out k..selamat mencuba..

1. Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

2. Letakkan uncang teh yang telah digunakan setiap hari.

3. Letakkan potongan tomato di bahagian mata.

4. Parut buah @ ubi sengkuang, perah airnya dan tampal pada bahagian lebam selama 1/2 jam.

P/s: petua yang diatas cuma berkesan jika kita rajin..selamat berusaha. nantikan petua lain lepas ni...

***nak post resepi lak lain kali...

RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails