Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Monday, February 27, 2012

MUDAHNYA BERBICARA

Salam...

Lidah lancar memulakan bicara...tapi tahukah kita bahasa lidah ini kadangkala mengguris hati orang lain.????
Kadang-kadang kita lupa kata2 manis kita mungkin bisa untuk org lain...
Tapi bila kita tidak berkata-kata orang akan menganggap kita sombong...

Moralnya jaga lah lisan kita supaya kata-kata yang keluar tidak mengguris hati orang lain...

Sunday, July 24, 2011

PAK BALIK PAK BUBUR PISANG DAH MASAK...

Salam...

Actually aku xde entri menarik pun just tadi terdengar lagu lama ni pasal bubur pisang...so aku pun cari la lagu ni kat internet dan share kan dengan korang out there..hope enjoy this song..

Banyak pengajaran dalam lagu ni..kalau kita dengar bebetul tapi kalau orang yang tak faham orang anggap lagu ni kelakar...

Harap dapat muhasabah diri kita bila dengar lagu ni...

Wednesday, March 16, 2011

KISAH SEORANG PEMUDA DAN KHINZIR

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.





P/S: hormatilah ibubapa kita hari ini sebelum mereka menutup mata selamanya, kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kita semasa kita kecil...sentiasalah berbakti kepada meraka dengan sedekahkan al-fatihah sekalipun mereka masih hidup...semoga Allah merahmati kehidupan kita dunia dan akhirat..

Thursday, March 10, 2011

PENYAKIT KEBANYAKAN ORANG MELAYU...

Assalamualaikum...post aku kali ni sebenarnya entri yang tertangguh. Mulanya aku dah lupa pasal entri ni..tapi dek kerana terpandang balik gegambar yang aku snap masa aktiviti tu berlangsung terus aku cecepat tulis entri ni...bukan apa takut lupa lagi...

Kebanyakan orang melayu ni nak kaya cepat ikut jalan mudah tak nak berusaha..ada yang setuju???? tapi aku memang sedih la sebab mereka sanggup berhabis duit semata-mata untuk nak berjudi atau lebih tepat aku nak cakap beli nombor ekor. Mereka ni cuma nak ambil jalan pintas. Tak mahu nak berusaha. Judi itu kan diharamkan..tapi masih ada yang tak ambil peduli...sebab alasan aku tak makan babi, aku tak minum arak...tapi tak sedar ke berjudi tu pun haram kenapa??? banyak mendatangkan keburukan...tak percaya???





Pertama boleh merugikan wang ringgit...itu satu pembaziran manakala pembaziran adalah sifat2 syaitan.

Kedua boleh mnimbulkan perbuatan syirik dan khurafat. Sebabnya nak kena atau menang perjudian cari bomoh, puja kubur.

Ketiga boleh menyebabkan kepincangan dalam kekeluargaan. Asik beli nombor,, duit habis, tanggungjawab tak de...yang jadi mangsa isteri dan anak-anak.

Orang-orang macam ni memang gelap hatinya sebab tak pernah nak sujud pada Allah. Sombong dan sanggup menempah percikan api2 neraka..nauzubillah...minta dijauhkan dari ahli keluarga aku, sahabat handai..dan kaum muslimin n muslimat...

p/s: renung-renunglah...

Wednesday, September 15, 2010

SEKOLAH HARAPAN

Salam...

Bertemu lagi...kerajaan negeri Melaka tetap akan membuka sekolah untuk gadis2 yang terlanjur dan mengandung luar nikah. Ada pro n kotra pada pandangan aku. Tapi kita lihat lah dari aspek positif sahaja. Sebab kalo diperdebatkan pun aku rasa masing-masing ada pendapat.

Apa yang bagusnya sekolah ni, ianya diurus dan dikelolakan oleh JAIM sepenuhnya. Jumaat ni bersamaan 18 September 2010 secara rasminya sekolah ini akan beroperasi. Siapa lagi nak membela nasib mereka yang terlanjur ni kalau bukan masyarakat kita sendiri.

Berilah mereka peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Jika kita terus mencari kesalahan mereka sampai bila pun aku rasa masalah ni takkan selesai.

Kat sekolah ni mereka akan dibimbing sepenuhnya dan akan dibentuk semula untuk menjadi manusia dan mereka juga akan dilindungi sepenuhnya bukan untuk menutup cemar yang pernah dilakukan tapi untuk membimbing mereka ke jalan yang lebih baik.

Aku sokong sangat cadangan Datuk Sharizat Jalil supaya hukuman gantung bagi kesalahan membuang bayi luar nikah ni. Patutnya tangkap yang jantan tu sama. Tak adil kalo yang perempuan je yang dipersalahkan. Biar depe rasa sesama sebab masa seronok tak ingat tu semua. Tapi bila nak jatuh hukum yang siperempuan malan jek yang nak tanggung semua..mana aci...

sekian..

P/s: jom bincang n komen sikit...

RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails