Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

I WAS HERE...

Salam..

Lama nye x blogging........rindu...tp sibuk sgt la...just nak bagitau aku dh sampai ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia...x caya???? tu kan ada gambau tu...

Cuma kecewa sikit sebab x dapat lama kat situ..nak hujan...huhuhu...

Baiklah sampai sini dulu...lain kali aku kemaskini blog aku ye...rindu kat semua silent readers n follower..ape pun thanks a lot for all your support.... :)

Thursday, May 24, 2012

KETERLANJURAN WAKTU

Salam....

Lama betul aku pause blogging...memang sibuk sangat sekarang...ni pun curi-curi masa untuk semua silent reders n followers..

Apa pun jangan serik datang blog aku yek...
jumpa lagi...
Assalamualaikum...

Saturday, December 31, 2011

MAAF SEBAB BLOG AKU KENA HACK...

Salam...

Dah 2 hari buka blog seumpama di hack oleh org lain...huhuhu..berterabur sume susunan widget dan sume layout blog ni...jadi buat sementara aku guna layout yang ado ni sebelum aku repair sume layout hukhukhuk sodih makcik....

Banyak citer nak story tapi kepala berserabut dh ni..nanti la ye ...buat sume follower terima kasih atas semua sokongan anda sehingga blog ni masih kekal hingga hari ini..walaupun follower aku xramai..ngeeeeeeeee sayang u oll....

Wednesday, September 21, 2011

BILA

BILA AKU MALAS
BILA AKU MENGANTUK
BILA AKU SEDIH
BILA AKU SUSAH
BILA AKU MERAJUK
BILA AKU LAPAR
BILA AKU BENCI
BILA AKU SAYANG
BILA AKU GEMUK
BILA AKU LARI
BILA AKU MAKAN
BILA AKU SEDAR.......

RUPANYA AKU TERLALU BANYAK MENGELUH DAN TIDAK PERNAH BERSYUKUR.....
YA ALLAH AMPUNI AKU DAN KUATKAN LAH IMAN DAN TEGUHKAN LAH HATI KU...AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Sunday, July 24, 2011

MOOD PUASA DAH MARI...

Salam...

Dah nak puasa rupanya...lagi seminggu..Ya Allah syukur kerana masih lagi memberi aku peluang menikmati Ramadhan Mu yang mulia ini...

Selamat Menyambut Ibadah Puasa...semoga semua amalan kita dirahmati dan diberkati...amin...

Thursday, June 16, 2011

CUKUPLAH SEKADAR TELEFON....

Salam...

Lama rupanya aku tak entri pos buat kengkawan dan followers...memang sibuk sekarang. Kek yang ditempah tak putus-putus...itulah namanya rezeki...menjahit pun ada juga tapi terpaksa aku tolah sebab takut tak terjahit...

Apa yang aku nak story hari ni ialah peranan kita sebagai anak...Kekadang aku pun lupa tapi aku tetap ingat mak ayah aku...cuma alam pada kesibukan tu aku pun tewas juga dan selalu terbabas untuk menelefon mereka. Agaknya dengar suara aku je dah cukup buat mereka tersenyum, walaupun di mata tak nampak kelibat aku.

Pada aku zaman serba canggih cam hari ni sepatutnya tak de masalah...Dah la jenguk mereka setahun sekali, tak kan nak telefon pun susah sgt..Tak teringat kah korang pada mereka...???? Aku suka nak mengingatkan kengkawan, kalau masih ada ibu bapa...capai lah telefon tu, dial la nombor telefon mereka dan tanyakan lah pada mereka khabar kesihatan...kalau korang ada terkilan hati ke apa ke dengan ibu bapa buang lah jauh2 perasaan tu sebab takde yang lebih mulia dari menghargai ibu bapa korang...

Aku berceloteh ni bukan je untuk ingatkan korang je..tapi untuk aku juga yang sering lupa dan lalai...sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan...tapi kita boleh cuba mengurangkan kesilapan...

P/s: semoga mak mertua dan ayah mertua aku cepat sembuh...amin..

Sunday, August 8, 2010

PERASAAN SEMAKIN PULIH

Salam...
saat ni aku makin pulih dr kelukaan hati kerana terlalu emosi dan mengikut perasaan. Aku cuba belajar kenal diri sendiri dan cuba menerima ini semua sebagai cubaan aku dalam membina kerjaya dan pergaulan sosial.

Dalam pada aku merasa tertekan Allah tak putus2 memberi kiriman kawan2 yang masih mahu mendekati aku dan menasihati aku.. Alhamdulillah..kini berkat sokongan kengkawan sekeliling mahupun jauh dibenua lain aku makin selesa dan telah cuba mengambil pendekatan peduli la apa orang nak cakap. Apay yang penting aku adalah aku dan aku tak peduli semua cacian dan hinaan serta fitnah orang untuk berjaya.

Kini aku sedang cuba untuk menerima cara memaafkan adalah kunci segala persengketaan. Pedulilah apa orang nak kata selepas ni..aku tak peduli..yang penting aku buat keje sendiri ikhlas lillahita'ala..aku maafkan lah mulut2 jahat yang selama ni tak senang dengan aku. Itu adalah perkara yang mulia disarankan nabi...apakah ada yang lebih baik dari apa yang nabi ajarkan???

Aku harap fasa baru dalam mengharungi orang sekeliling adalah pedulilah cakap2 orang..aku sekali lagi ingin meminjam slogan yang digunakan oleh rakan Facebook: Dzull Rahmat tak mati dek keji, tak hidup dek puji....ini yang buat aku sedar betapa kita sebenarnya tidak kekurangan orang yang suka melihat kita jatuh berbanding ramai yang ingin melihat kita berjaya...

Apa pun aku semakin matang setelah semua ini berlaku kerana ini adalah proses kehidupan yang tidak semua orang akan senang dengan cara kita bekerja dan tidak semua orang suka cara kita bekerja....

Sampai jumpa lagi...

Thursday, August 5, 2010

CERIA

Salam...

waktu ni aku dah semakin ok..aku belajar sesuaikan diri dengan keadaan. Cuma aku terkilan jek dengan apa yang berlaku. Syukur lah Allah masih bagi aku ruang untuk belajar mengendalikan hidup dan mengharungi cabaran. Jika tidak aku mungkin belum belajar sesuatu dalam hidup.

Kelmarin aku dikejutkan dengan berita yang mengatakan aku tak buat keje dalam erti kata asik mengadap komputer. Tapi hakikat yang orang tak tau aku buat keje untuk penyelaras. Apa yang aku kenal tentang diri aku ialah setiap orang yang beri aku tugas atau arahan akan aku laksanakan sesempurna yang boleh...

Salahkah aku jika aku bertanggungjawab dengan setiap amanah yang aku terima..tapi kita susah nak puaskan semua hati. Adakalanya kita terpaksa mengabaikan pandangan orang lain tentang kita. Itu yang berlaku pada aku..dek kerana terlalu memikirkan kata-kata orang, akhirnya memakan diri aku sendiri.

Aku berasa sakit hati yang keterlaluan aku marah dan mengeluarkan kata-kata kesat walaupun hanya di dalam hati..dan hati aku semakin bertambah titik noda. Semakin aku melayan kemarahan aku semakin lalai dan jauh dari Allah..bermakan syaitan telah berjaya menakluk hati aku untuk 2 hari ni.. Astaghfirullah...

Kini aku cuba mempositifkan diri dan menjadikan perkara yang berlaku sebgai cabaran dan semangat untuk aku buktikan bahawa aku tidak seperti yang diperkatakan..Pedulikan lah kata-kata nista dan fitnah tu..sebab aku dah semakin kuat dan semakin bersemangat..Mujurlah aku ada dua permata hati yang selalu menghiburkan disaat aku dilanda ribut taufan yang mengganas dihati..



p/s : Moral kita jangan terlalu ikut perasaan

RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails