Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Monday, March 28, 2011

PERJALANAN BARU

Salam...

Baru dapat jenguk blog kesayangan aku ni...Hari ni 1st day kat SK Bandar Pontian...xsangka tiap kali aku pindah sekolah aku kena mulakan dari A to Z. Masa kena pindah SMK Seri Pengkalan, kena buka sistem fail. Sekarang ni pun benda yang sama juga aku lalui. Nyata Allah Maha Berkuasa.

Kenapa aku cakap macam ni??? Em rupanya hajat aku nak jadi cikgu ada juga hikamhnya. Masa aku di SKAG1 aku dah g kursus utk Filling System. Bila kena pindah randah ni keje aku jadi mudah rupanya..sebab ilmu yang aku ada aku dapat praktikkan...Bila aku pindah bermakna aku akan ajar kengkawan yang tinggal untuk uruskan tugas yang aku lakukan sebelum ni. So dapat juga aku mencurah ilmu yang sedikit itu kepada yang lain.

Hari ni penat jangan cakap..tapi aku sanggup bersengkang mata utk tulis juga entri yang x seberapa ni. Ye la takut ada pengikut setia aku tertunggu entri terbaru. Tu pun kalo ado..nggggggggeeeeeeee....Aku kena belajar bahasa isyarat tangan sebab budak2nya kategori pekak dan bisu...Tapi paling aku tersentuh, sungguhpun begitu mereka hormat orang tua. Nakal2 tu biasa la...dah namanya bebudak...tp masih lagi ditahap yang orang kata "ala perkara kecik je tu". Muridnya 9 orang je..tapi yang sorang ni baru tahun ni masuk..Jadi xde pengalaman utkbergaul..Budak ni namanya Aliyah..dia pekak dan bisu malah ada autisme juga.

Nasib x gigit tangan aku hari ni..cuma bila dipujuk ok la dia. Nak kawal dia je macam kawal 10 orang sebab dia suka memberontak..koyak kertas latihan, merayau2 paling aku rasa mencabar bila terpaksa peluk dan meriba dia sebab dia suka merayau. Punya lah susah nak suruh dia buat keje...Menangis je dia tapi xde air mata..

Ni la Aliyah
Hm hm hm..aku rasa ni je dulu..lepas ni kalo free aku update lagi ye...

Thursday, March 24, 2011

SEBAK PULAK....

ASSALAMUALAIKUM
 Tetiba jek aku rasa sebak sebab semalam ada farewell party utk aku...walaupun aku xseronok kat sekolah ni aku bersyukur sebab banyak pengalaman yang aku dapat...kawan2 yang ado best ado x best...tp xpe itu semua lumrah kehidupan...

Sama juga dengan perpisahan itu satu proses kehidupan sebelum menuju kehidupan yang abadi kelak. Aku memang jenis yang cepat tersentuh. Tambahan pula dikelilingi anak2 yang begitu istimewa. Itu lagi buat aku sedih. Mana taknya tugas aku ni wujud disababkan anak2 tu.


Aku sayang sangat kat korang. Banyak sangat hadiah yang aku dapat. Terima kasih yang tak terhongga warga SERI PENGKALAN. Memang tempat persinggahan yang banyak mengajar aku pelbagai erti kehidupan.




Lagu ni untuk korang semua.. Love u so much...



Thursday, March 10, 2011

SIBUK MEMANJANG....

Assalamualaikum

Lama juga rasanya tak post entri baru...seminggu juga kan...tapi aku memang busy tahap gaban la minggu ni...balik je dari pontian belum sempat nak update gambar masa aku jadi penceramah untuk kursus asas blog. Dah tu siapkan tempahan baju Cikgu Huda Suhaily, dah tu dapat tau permohonan pindah aku dluluskan. Huh memang gembira tak terkata..rasa nak melompat tapi dalam hati je la...malu aku kalau bebudak ni nampak aku melompat sesilap dikatanya aku kena sawan nggggeeeeeeeeeeee...



Dalam minggu ni 7/3/11-11/3/11 memang aku akan sibuk sangat sebab nak siapkan kerja -kerja yang masih terbengkalai dan aku mesti siapkan nota serah tugas untuk pegawai yang ganti ambil alih tugas aku. Huh mana nak siapkan akaun yang tertunggak, dengan nak ajar klik PPM aku kerja-kerja rutin aku...adoiiiiii....



Paling aku pening bila komputer problem aku tak tau macammana nak ajar untuk betulkan. Sebab benda ni kena betul-betul tahu...Bayangkan kalau RAM komputer longgar tak pasal-pasal aku kena buka belakang CPU ketatkan then boleh guna ke tak..huhuhu



Agak-agak sape yang sudi pikul tugas aku lepas ni....

Saturday, February 26, 2011

REZEKI MAKIN MURAH

Salam...

Tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia Allah yang menentukan...Entri kali ni aku nak story sikit tentang rezeki aku yang makin dimurahkan oleh Allah. Alhamdulillah...syukur sangat.

Sekarang aku sedang menjalankan perniagaan kecil untuk pasaran yang kecil. Bisnes baru mula la katakan. Tak sangka pula dari minat mencuba dan cuma mengisi
masa lapang, ianya memberi pulangan yang boleh dikatakan sangat2 membantu aku memantapkan ekonomi aku sekarang.

Sebelum ni aku cuma mengambil upah menjahit baju kurung sebagai tambahan duit poket. Tapi dengan hobi baru aku yang suka mencuba resepi baru iaitu kek, nampaknya rezeki untuk anak-anak aku makin dilimpahkan.

Setakat ini kek yang selalu ditempah oleh rakan2 aku ialah...Oreo Yougurt Cheescake, Chocolate Moist, Kek Buah dan yang terbaru Mocha Diamond...semua resepi ni aku ambil dari internet dan tak sangka pula menjadi...



Oreo Yougurt Cheescake


Kek Buah

Untuk gambar coklat moi st dan mocha diamond aku tak sempat amik gambar sebab selalu habis awal anak2 aku makan..

Kalau ada yang nak menempah inbox je kat FB aku..hehehe..iklan ni free tanpa bayaran...

Thursday, January 13, 2011

PENGALAMAN PERTAMA

Salam...

Lama rupanya aku tak post apa-apa entri yang terbaru... Kali ni aku nak post tentang pengalaman pertama aku dan anak-anak...hehehe jangan salah anggap...

Pengalaman pertama aku bila buat ujian PAP SMEAR kali pertama...takut jangan citer la..tengok je alat untuk buat ujian tu dah cukup menakutkan aku...bila doktor tu pakai sarung getah lagi jantung aku berdegup-degap...huh dalam hati aku " Ya Allah permudahkan lah aku melalui ujian ini"...Dalam keadaan yang masih takut tapi sudah bersedia sebab dh ada dalam bilik rawatan tu aku redha je la kalo sakit pun..."Tarik nafas sehingga saya kata lepas nafas"...aku pun baca kalimah Allah "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" terus tarik nafas.....sambil pejam mata..."OK,lepas nafas....sekejap ye saya nak ambil spesimen". aku pun tertanya-tanya dah masuk ke alat tu..."OK, puan dh selesai"...eh dah sudah ke???tak rasa apa pun...tak sampai 10 minit pun..5 minit je kot...keputusan tu sebulan lagi baru dapat tahu...

Aku pun tercengang-cengang...sebab aku rasa ujian tu menyakitkan..tapi sebaliknya...Alhamdulillah semua berjalan lancar...lepas ni 1 tahun lagi untuk aku buat ujian PAP SMEAR...


Pengalaman pertama buat anak-anak aku ialah, naik bas. Sungguh aku tak sangka anak2 aku suka naik bas...mulanya risau juga sebab aku tak pernah bawa anak-anak aku naik bas kalau nak kemana-mana. Tapi memang tak sangka la yang anak-anak aku ni tak gayat naik bas. Balqysh terutamanya sebab dalam bas tu kan besar dia rasa macam nak main je kat dalam bas tu...

Mari saksikan gambar-gambar ni...




Saturday, November 20, 2010

TAK SEMPAT NAK UPDATE!!!

Salam...

Lama x memblogging...
Tak sempat nak update...
Pasti ada yang rindu post terbaru...

Insyaallah...lepas habis semua komitmen yang bertamu aku update..
Salam sayang ...

RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails