Thursday, March 10, 2011

SIBUK MEMANJANG....

Assalamualaikum

Lama juga rasanya tak post entri baru...seminggu juga kan...tapi aku memang busy tahap gaban la minggu ni...balik je dari pontian belum sempat nak update gambar masa aku jadi penceramah untuk kursus asas blog. Dah tu siapkan tempahan baju Cikgu Huda Suhaily, dah tu dapat tau permohonan pindah aku dluluskan. Huh memang gembira tak terkata..rasa nak melompat tapi dalam hati je la...malu aku kalau bebudak ni nampak aku melompat sesilap dikatanya aku kena sawan nggggeeeeeeeeeeee...



Dalam minggu ni 7/3/11-11/3/11 memang aku akan sibuk sangat sebab nak siapkan kerja -kerja yang masih terbengkalai dan aku mesti siapkan nota serah tugas untuk pegawai yang ganti ambil alih tugas aku. Huh mana nak siapkan akaun yang tertunggak, dengan nak ajar klik PPM aku kerja-kerja rutin aku...adoiiiiii....



Paling aku pening bila komputer problem aku tak tau macammana nak ajar untuk betulkan. Sebab benda ni kena betul-betul tahu...Bayangkan kalau RAM komputer longgar tak pasal-pasal aku kena buka belakang CPU ketatkan then boleh guna ke tak..huhuhu



Agak-agak sape yang sudi pikul tugas aku lepas ni....

Thursday, March 3, 2011

TAMBAH GADGET PADA BLOG

As salam...

Jumpa lagi dalam ruangan blog yang tak seberapa ni....tapi aku suka sangat nak update blog aku ni supaya ada cerita baru yang boleh readers yang tersesat atau yg sudi follow2 tu..hehee

Kali ni aku share tentang perubahan yang aku dah buat pada blog aku yang aku rasa memang cumel x hengat ni..hehehe...apa pun korang nak kata aku x peduli..aku punya suka...wakakakaka ngggggggeeeeeee..

Layout aku sekarang dh ado;

side bar menu, paparan user online, ada favicon yg gerak2 kat title bar url aku...kredit n special thank you untuk Pn. Aliya Anuar @ Blog suam-suanm kuku yang sudi berkongsi tutorialnya secara free dengan trade marknya...sharing is loving....

aku xsempat nak upload gambo..len kali aku edit yek...tp xpe just view kalo korang sudi...

baiklah..len kali aku story lg...nak cepat ni..ada keje lain nak diuruskan..

Jumpa lagi...

Saturday, February 26, 2011

REZEKI MAKIN MURAH

Salam...

Tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia Allah yang menentukan...Entri kali ni aku nak story sikit tentang rezeki aku yang makin dimurahkan oleh Allah. Alhamdulillah...syukur sangat.

Sekarang aku sedang menjalankan perniagaan kecil untuk pasaran yang kecil. Bisnes baru mula la katakan. Tak sangka pula dari minat mencuba dan cuma mengisi
masa lapang, ianya memberi pulangan yang boleh dikatakan sangat2 membantu aku memantapkan ekonomi aku sekarang.

Sebelum ni aku cuma mengambil upah menjahit baju kurung sebagai tambahan duit poket. Tapi dengan hobi baru aku yang suka mencuba resepi baru iaitu kek, nampaknya rezeki untuk anak-anak aku makin dilimpahkan.

Setakat ini kek yang selalu ditempah oleh rakan2 aku ialah...Oreo Yougurt Cheescake, Chocolate Moist, Kek Buah dan yang terbaru Mocha Diamond...semua resepi ni aku ambil dari internet dan tak sangka pula menjadi...



Oreo Yougurt Cheescake


Kek Buah

Untuk gambar coklat moi st dan mocha diamond aku tak sempat amik gambar sebab selalu habis awal anak2 aku makan..

Kalau ada yang nak menempah inbox je kat FB aku..hehehe..iklan ni free tanpa bayaran...

Thursday, February 24, 2011

JIKA BERSEDIH BACALAH DOA INI...

Salam...

Kali ni aku nak share doa untuk mereka yang bersedih jika ditimpa segala macam musibah dan apa juga kesedihan.




“Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. (HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih).


Jika kita bersedih ingatlah Allah selalu bersama kita. Allah menurunkan sesuatu dugaan keran Allah tahu kita mampu untuk berhadapan dengan masalah itu.

P/s: Pesanan ini untuk diri aku sendiri dan juga readers diluar sana.

Friday, February 18, 2011

RAHSIA AKU MAKIN SLIM..

Salam...

Ada yang rindu aku x sebab x post apa2 entri since last week???..em mesti ada yang jawab.." tak de makna nak rindu2"...hehehe..apa2 la..kali ni aku nak kongsi citer pengalaman aku dalam usaha untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat...

Firstly...percaya atau tidak produk ni x menghalang pun kalau nak makan banyak mana pun berbanding produk lain..em xnak sebut nanti kena band lak..hehehe..selain menurunkan berat badan, produk ni membekalkan tenaga dan membantu menyahtoksin secara terkawal...harga memang mahal la pada aku yang gaji xseberapa ni..tapi apa yang aku suka sebab kita xperlu nak kawal makan tapi mesti makan dengan cara yang sihat dan amalkan senaman walaupun selama 10 minit sehari...

Produk ni berbeza dengan yang lain mungkin sebab aku dah cuba pelbagai produk cuma produk ni je yang buat aku yakin keberkesanannya. Lagipun ianya lebih kepada makanan kesihatan sebab menggunakan bahan2 terpilih yang membantu kita mendapat diet berformula dengan cara yang berkesan.

Percaya atau tidak secara tidak dirancang dan sengaja berat badan aku naik sehingga 62kg sebelum amalkan produk ni..tapi setelah 20 hari aku amalkan tanpa culas dan dengan senaman ringan serta minum air yang banyak hasilnya aku telah berjaya turunkan berat kepada 58kg. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Aku bukan nak kurus sebab cantik semata2 tapi sebab tumit aku sakit n lutut pun xkuat sebab aku memang jenis yang x minum susu..lagipun sebelum ni berat badan aku xpernah cecah 60kg. Tapi sebab aku dah rasa selalu mencungap bila naik tangga sekolah setiap pagi dan aku rasa sangat cepat berasa penat jadi aku cuba la produk ni melalui ajakan rakan...

Bila aku publishkan pada wall FB xsangka pula aku ramai yang berminat nak tau produk ni..so aku nak share ngan korang yang sudi nak baca citer2 dalam blog aku ni tentang Produk yang aku amalkan sekarang...

Keluaran We Beauty Sdn. Bhd...namanya De'Tone D'Green



Kalau korang nak tau maklumat lanjut korang link kat laman web ni :"http://www.webeauty.com.my/malay/main.php"


Maklumat ringkas tentang produk yang aku amalkan...

D'Tone (PAGI 1/2 jam sebelum sarapan)


* Memperbaiki Susuk Badan ~ Menyingkirkan bahan-bahan buangan di dalam tubuh badan Dan mengekalkan keseimbangan bakteria dalam usus.

* Anti-Radang dan Anti-Bakteria ~ Radang merupakan tindakbalas oleh sel-sel rosak di dalam tubuh badan manusia. Ia mempunyai ciri-ciri anti-bakteria untuk memusnahkan bakteria.

* Ciri-ciri Penguraian ~ Menguraikan bahan-bahan buangan bertakung di bahagian-bahagian berkenaan dan di dalam salur-salur darah

* Membersihkan Darah ~ Menguraikan kolesterol dalam darah berasid dan menyingkirkan bahan-bahan buangan di dalam darah. Mengekalkan kealkalian sederhana sementara meningkatkan peredaran darah.

* Mengaktifkan Sel-sel ~ Meningkatkan metabolisme dalam sel-sel, menguraikan sel-sel, sel-sel mati mengaktifkan cecair limpa dan membantu penjanaan semula sel-sel.

D'Green (MALAM 1/2 jam sebelum makan malam or tidur)


* Menghalang pembiakan bakteria dan patogen bahaya di dalam usus, mengurangkan pencemaran dan perebakan toksin-toksin didalam usus.

* Meningkatkan peristalsis usus menyingkiran najis bertakung, mencegahkan sembelit dan disentri serta memperbaiki penyakit-penyakit pencernaan.

* Menguraikan toksin-toksin dan bahan-bahan karsinogenik di dalam usus dan mencegahkan pelb agai jenis penyakit kronik.

* Menggabungkan pelbagai jenis Vitamin B dan membekalkan zat-zat makanan penting

* Meningkat keimunan dan rintangan terhadap penyakit

* Mengurangkan lipid darah dan kolesterol, memperbaiki dan mencegah penyakit tekanan darah tinggi, arterioskskle-rosis dan penyakit-penyakit kardio-vaskular

* Mencegah dan memperbaiki masalah-masalah kulit seperti bintik-bintik berwarna dan jerawat.

Apapun pilihan kat tangan korang. Aku just nak share info menarik...
RM 250 untuk 20 hari...

Wednesday, February 2, 2011

TAZKIRAH BUAT SAHABAT

Salam...
Lama rupanya aku tak post entri untuk follower n silent readers...apa yang nak aku kongsikan untuk hari ini ialah tentang tazkirah yang diberi oleh seorang sahabat yang aku sendiri tidak pernah berjumpa...cuma selalu berbual di alam maya...tazkirah yang diberi cuma sedikit tetapi impaknya terlalu besar....

Kadang-kadang kita tahu perkara itu, tetapi kita selalu tidak ambil peduli. Inilah yang dikatakan bodoh sombong...semalam aku berkesempatan berbual melalui YM dengan sahabat aku ni. Kali ni dia memperingatkan aku untuk mengajar anak2 kita menghormati azan. Naknya aku tengok ada setengah orang tu bila tv atau radio siarkan azan ditukarnya ke channel lain. Apa punya orang macam tu. Sombong betul mereka pada Allah. Padahal kita ni milik Allah. nikmat yang kita miliki hari ni pun milik Allah.

Kat bawah ni aku share tazkirah yang dia beri untuk aku. Jadi ilmu yang sedikit aku miliki ni nak aku panjangkan untuk manfaat dan peringatan kita bersama.

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri .... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka
kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

p/s:bersama lah kita saling ingat mengingati...

Thursday, January 13, 2011

PENGALAMAN PERTAMA

Salam...

Lama rupanya aku tak post apa-apa entri yang terbaru... Kali ni aku nak post tentang pengalaman pertama aku dan anak-anak...hehehe jangan salah anggap...

Pengalaman pertama aku bila buat ujian PAP SMEAR kali pertama...takut jangan citer la..tengok je alat untuk buat ujian tu dah cukup menakutkan aku...bila doktor tu pakai sarung getah lagi jantung aku berdegup-degap...huh dalam hati aku " Ya Allah permudahkan lah aku melalui ujian ini"...Dalam keadaan yang masih takut tapi sudah bersedia sebab dh ada dalam bilik rawatan tu aku redha je la kalo sakit pun..."Tarik nafas sehingga saya kata lepas nafas"...aku pun baca kalimah Allah "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" terus tarik nafas.....sambil pejam mata..."OK,lepas nafas....sekejap ye saya nak ambil spesimen". aku pun tertanya-tanya dah masuk ke alat tu..."OK, puan dh selesai"...eh dah sudah ke???tak rasa apa pun...tak sampai 10 minit pun..5 minit je kot...keputusan tu sebulan lagi baru dapat tahu...

Aku pun tercengang-cengang...sebab aku rasa ujian tu menyakitkan..tapi sebaliknya...Alhamdulillah semua berjalan lancar...lepas ni 1 tahun lagi untuk aku buat ujian PAP SMEAR...


Pengalaman pertama buat anak-anak aku ialah, naik bas. Sungguh aku tak sangka anak2 aku suka naik bas...mulanya risau juga sebab aku tak pernah bawa anak-anak aku naik bas kalau nak kemana-mana. Tapi memang tak sangka la yang anak-anak aku ni tak gayat naik bas. Balqysh terutamanya sebab dalam bas tu kan besar dia rasa macam nak main je kat dalam bas tu...

Mari saksikan gambar-gambar ni...




Friday, December 24, 2010

PANDAINYA BALQYSH

Salam...

Lama juga aku tidak post entri terbaru...kali ni aku nak story tentang anakanda kedua aku Nurul Balqysh bt Syaharuddin. Umur dia baru 1 tahun 5 bulan. Tapi apa yang menyebab kan aku nak tulis pasal dia sebab dia dah buat aku rasa terharu semalam. Ingat malam tadi aku nak posting entri terbaru tapi tak sempat.

Em tentu readers sumer tertanya apa yang dia dah buat.???

Semalam aku nak gi kedai depan rumah..beli bihun kering. Si adik ni dengar je aku nak g kedai, dia dah berlari ke dapur. Selalunya dia yang berlari ke pintu. Tetiba je aku nampak dia datang berlari ke arah aku sambil membawa kain tudung. Terus aku peluk anak dara kecil aku sambil nak menitis air mata aku sebab dia tahu aku akan pakai tudung kalau nak keluar rumah even depan rumah sambil jirus pokok bunga.

Dah besar rupanya anak ibu...desis hati aku...

Malam tadi ada juga keletah baru yang aku perasan tentang anak dara kecil aku ni. Sekali lagi dia buat aku terhibur bila dia pujuk abg dia supaya tidak menangis sebab dimarahi aku. Dia cakap kat abg dia " Abam..ngan ngis..." sambil dia lap air mata abangnya. sedih pun ada. Mungkin tak tahu cara nak pujuk abang dia...dia lari ke dapur dan bagitau nenek dia...Nenek dia cakap kat aku dia mengadu abang menangis. Nenek dia tanya kenapa abang nangis...Maka terpantul ayat " Abu aghah..akut"

Tak sangka anak aku dah pandai meluahkan perasaan walau sekecil tu..Tapi aku tak faham kenapa ada juga manusia kejam yang sanggup mendengar bisikan kata syaitan untuk humban anak yang sekecil 9 bulan semata-mata nak melepaskan geram dan kemarahan. Tak terasakah kasih kepada anak itu???

Aku tersentuh setiap kali melihat ada saja kerenah dan keletah baru yang anak-anak aku buat menunjukkan perkembangan mereka membesar. Harapan aku semoga anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan solehah...amin...

Aku upload sikit gambar-gambar balqysh....




Saturday, December 18, 2010

ANAK KECIL YANG TAKUTKAN API NERAKA

Salam ....

Aku kembali lagi dalam areana blog walaupun hampir 2minggu tanpa posting terbaru...
Kali ni aku ingin berkongsi sedikit ilmu dan pedoman untuk sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri.

Sedikit pun ilmu itu kalau disampaikan dan dimanfaatkan akan menjadi pahala berpanjanga...mudah-mudahan...

Baca ni...

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"


Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."


Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah

Wednesday, December 15, 2010

LAMA AKU TIDAK BERKARYA...

salam...

Lama x update...
Sekarang ni aku tengah belajar menggodek blog bagi lagi cun n mantop...
Aku belajar dari aliyaanuar...thanks sgt sebab cik kak ni sudi ajau aku yg memang minat nak meneroka blog.

Apa pun lepas ni aku harap ilmu yang aku dapat aku praktikan...
Kepada sifu2 yg aku blogwalking blog mereka izinkan aku cedok ilmu yang korang bagi ek...

Sampai ketemu lagi...

Thursday, December 9, 2010

MUHARRAM

Salam...

Kali ni entri berbentuk tazkirah sempena bulan Muharram. Aku nak berkongsi ilmu dan juga sebagai panduan buat diriku sendiri. Alhamdulillah aku berada pada hari ke-3 berpuasa dalam bulan Muharram bulan Allah. Insyaallah kalau dapat aku berpuasa hingga hari yang ke-10...

Em...baca ye...info ni aku petik dari
:http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

P/s: semoga kita bersama mendapat ilmu dan memperbanyakkan amalan...Wallahualam

Thursday, November 25, 2010

GAMOGEN & KTELLA MINUMAN SARANG BURUNG

Salam...

Lama aku tak update blog ni kan...maaflah buat semua follower sebab aku memang busy sangat akhir2 ni...tp tak pe aku singgah juga walau sekejap sebab nak share info ni...

Aku sekarang mengamalkan pengambilan supplement untuk kesihatan aku yang mana pada fizikalnya memang nampak sihat tp daalamn aku tak berapa sihat...terutama masalah perut.

Alhamdulillah pengambilan berterusan selama 3 bulan aku mengambil Gamogen daripada keluaran Healin ni aku tengok sendi-sendi aku makin kuat dan. Tambahan pula lutu aku memang sakit sebab pernah jatuh dulu pun makin baik. Harga memang mahal jugak tapi aku tak kisah yang penting khasiat. Duit boleh cari tap kesihatan memang susah nak dapat kalau tak jaga denganbetul. Kat bawah ni aku bagi sikit info tentang kebaikan mengamalkan gamogen...

mengurangkan sakit sendi , urat & otot

menganjalkan kulit

menjadikan kulit awet muda

meningkatkan daya tahan badan

mengelakkan salur darah tersumbat

mencegah kanser

bronchiolitis

resdung

batuk berpanjangan

alahan

alahan kulit / eczema

mengembang salur darah tersumbat (jantung, stroke)

menurunkan tekanan darah

melancarkan perjalanan darah

melembut parut baru dan lama

meredakan radang

menyurutkan bengkak

mencegah pembekuan darah (sakit jantung, stroke)

membantu pesakit kencing manis

membantu masalah kemandulan

penyembuhan luka luaran & dalaman (gastritis)

memberi tenaga

membakar lemak

lelah, bronchitis

mengatasi kurap dan panau

daya penenang

mengurangkan debaran jantung

penahan sakit

rasa tidak selesa





Supplemen kedua pula aku amalkan minuman sarang burung keluaran KETELLA. Hampir 3 bulan juga aku dah amalkan. Rasanya manis dan macam minum air kanji nasi. Tapi yang bagusnya rambut aku dah mula kuat.

Antara fungsi lain...

Air Sarang burung dipercayai mempunyai banyak khasiatnya. Khususnya dalam mengurangkan masalah kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi spleen perut , masalah berkaitan dengan paru-paru, dan hati. Sarang burung ini digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, tuberculosis, baatuk daan phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemoptysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, dan lain lagi. Sarang burung juga digunakan bagi batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga, dan lain-lain.

Bagi yang nak cuba tak salah...tapi setiap amalan pemakanan untuk nampak kesan adalah selama 3 bilan..jangan cepat berputus asa jika rasa baru sebulan mengamalkan tapi tak nampak kesan apa2...

Apa-apa pun aku just share info untuk kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga...

Saturday, November 20, 2010

TAK SEMPAT NAK UPDATE!!!

Salam...

Lama x memblogging...
Tak sempat nak update...
Pasti ada yang rindu post terbaru...

Insyaallah...lepas habis semua komitmen yang bertamu aku update..
Salam sayang ...

Saturday, November 6, 2010

FAHIM MAKAN SIPUT SEDUT...JENG JENG JENG

Salam...

Lama rupanya aku tak post apap2 entri baru. Hari ni aku nak cerita pengalaman anak sulung aku Fahim yang pertama kali makan siput sedut. Gelihati pun ada, kesian pun ada.

Aku seperti biasa balik rehat tengahari pukul 1.00 petang mesti balik rumah. Nak dijadikan cerita, hari tu mertua aku masak siput sedut masak lemak cili api. Kemain aku sedut muncung yang dipotong n kepala siput tu. Ada yang keluar sekali sedut, ada yang berkali-kali disedut pun tak keluar juga. Maklumlah aku memang tak pernah makan siput sedut. Semenjak kahwin je aku cuba makan sebab keluarga mertua aku memang penggemar siput termasuk hubby...

Berbalik pada kisah Fahim tadi....dia pun sibuk nak makan siput tu sebab tengok rupa cengkerang siput tu memang nampak sedap...aku pun sedutkan n buat tampuknya terus masuk ke mulut dia. Jadi dia memang tak nampak rupa siput tu secara detailnya. Entah macammana dia nak cuba sedut sendiri. Dia sedut-sedut dan terkeluarlah isi siput tu....Faham-faham je la rupa isi siput tu macamnakan...

Tetiba je dia terjerit-jerit n terjundari kerusi...aku ingatkan dia menjerit sebab kepedasan atau tercekik kulit siput tu. Rupanya dia terpandangkan isi siput yang terjulur keluar tu. Isi siput tu kan bergoyang-goyang kat cengkerang tu. Jadi dia rasa geli dan takut. Dikorek-koreknya tekak dia nak keluarkan siput yang dah ditelan sebelumnya. Kesian aku tengok dia. Tapi masa kejadian tu aku memang kaget la sebab dia tak pernah menjerit macam tu.

Aku peluk dia...n ngangakan mulut dia. tengok takde apa. Dia terus lari kedepan n menjerit-jerit tak nak makan siput dah...tak nak makan siput dah....Aku pun terus bawa dia ke kusyen buatkan susu. Masa tu kakak ipar aku pun sampai. Dia pun tercengang pasal apa Fahim menjerit-jerit. Sambil dia minum susu, mata dia pun terlelap...sekali lagi Fahim terjerit2 sambil tanggalkan seluar dia. aku pun hairan campur terkejut bertanbah panik. Dia lari pergi bilik air dan jerit panggil nenek dia buangkan.... buangkan....nenek dia pun terkejut dan cebokkan dia cakap dah takde dah siput dh lari....

Sampai macam tu sekali anak aku takut. Aku pun risau juga sebab tak pernah tengok dia macam tu. Kebteulan hubby aku masa tu dh ada kat Alor Gajah...so aku panggil la untuk tengokkan anak aku. Hubby aku tanya dia dan Fahim pun cakap siput gigit...siput gigit...aku tersenyum rasa gelihati pun ada kesian apa lagi....

Tapi satu hal yang aku tengok anak aku ni...dia lemah semangat...mungkin ikut aku yang memang penakut ni...Pengalaman berharga aku sebagai ibu...



Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja. Gambar sebenar tak sempat nak ambil.

p/s: Janganlah kita sering menakut-nakutkan anak kita dengan cerita dan metos kerana ianya akan melemahkan semangat anak kita..tapi berilah kata2 dorongan dan pujian supaya dia membina keyakinan dirinya....

Tuesday, October 26, 2010

MANA NAK CARI DUIT TAMBAHAN NI....

Salam...

Kali ni entri aku berkisar soal peribadi. Huh tengok tajuk mesti korang pun fikir benda yang sama..huhuhu tapi itulah hakikatnya life aku sekarang. Duit tak pernah cukup. Macam-macam aku buat sampai menjahit hujung minggu tak juga cukup.

Tapi belanja la sekadarnya. Jangan berbelanja lebih dari pendapatan. Nanti hidup dalam keberhutangan. Tapi serius macammana aku nak dapat duit lebih ni????

Wednesday, October 20, 2010

MATI OTAK DAN KAITANNYA DENGAN DERMA ORGAN

Salam...

Hari ni baru aku tau rupanya derma organ ni bukan senang-senang prosedur. Kalau nak derma organ penderma mesti lah dikategorikan mati otak. Mati otak ni sebenarnya pesakit tu dah meninggal dunia. Tapi jantungnya masih berdenyut.

Ha...jangan kita anggap orang yang mati otak tu sebenarnya masih hidup walaupun jantungnya berdegup. Sebenarnya pesakit masih mempunyai degupan jantung kerana alat bantuan pernafasan.

Hmmm korang pun mesti ada yang tak tau kot..macam aku yang baru tau ni.. Tapi kalo korang dh tau pun aku tak kisah. Ni just nak share info yang aku tau...tapi sebenarnya bila mati otak ni doktor memang la menjadi orang penting yang bertanggungjawab untuk menamatkan degupan jantung pesakit. Tapi jangan la menjatuhkan hukum terlalu awal sebab pesakit sebenarnya memang dah meninggal.

Em kalau korang nak tau lebih lanjut baca info ni kat :

1)http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=9009
2)http://www.infosihat.gov.my/media/bukuKecil/BK_Pendermaan%20Organ/matiotakdanpendermaanorgan_BM.pdf

Doktor cuma buat apa yang patut sebagai tugasnya.Dlam konteks di Malaysia amalan pengesahan pesakit kematian otak meninggal dunia oleh dua pakar telah menjadi undang-undang negara. Bukannya sebab kita nak sengaja nak tamatkan penderitaan pesakit dengan memberi ubat atau suntikan supaya orang yang derita sakit tu meninggal. Sebab apa biasanya orang sakit tu masih bernafas dan jantungnya masih berdegup. Kalau disuntik untuk menyebabkan dia meninggal itu dah kejam namnya.

Mati otak ni sebenarnya berlaku kerana pangkal otak pesakit yang mengawal denyutan jantung dan pernafasan tidak lagi berfungsi. Describe sikit...Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan
keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu bahagian otak yang mengawal aktivitiaktiviti
penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi.
Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.

Jadi kaedahnya kalau nak jadi penderma organ pesakit ni kategori mati otak. Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi
melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih
dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya
akan dilakukan setelah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati
otak tersebut.

Monday, October 11, 2010

FAHIM DAH PANDAI KE TANDAS

Salam...

Hari ni genap 2 minggu Muhammad Fahim b. Syaharuddin tak pakai dryper waktu siang. Aku latih dia kencing dan berak dalam tandas. Alhamdulillah ketakutan aku beransur hilang bila hari ke-2 dia dah pandai pergi tandas sendiri walaupun terjerit-jerit dalam tandas. Mula-mula tu payah juga sebab dia tak pandai nak bagitau kalau nak kencing atau berak.

Hari pertama dia tak berak-berak sampai malam. Itu pun sebab aku pakaikan dryper. Dia takut nak mencangkung atau duduk kat dalam tandas. Kesian juga pada dia bila aku marah dia sebab tak nak bagitau dia nak berak. Tapi aku faham kali pertama mesti setiap dari kita akan berperasaan begitu.

Senyum aku melihat keletah anak bujang kecil aku sebab tak le susah sangat nak atur dia buang air. Cuma pada pendapat aku, seseorang ibu itu, mestilah berdisiplin dan mempunyai keazaman yang tinggi. Tambahan faktor kerjaya juga membuat kenkadang seseorang ibu itu malas.

Lepas ni bajet untuk dryper Fahim untuk bulan akan datang boleh dijimatkan dan akan digunakan untuk tujuan yang lain. Tiada apa yang lebih bermakna pada aku bila melihat pembesaran anak-anak di depan mata. Hmmmm..nampaknya lepas ni aku dah boleh menarik nafas lega sebab tak perlu risau kalau dia terkencing merata-rata. paling mencuit hati bila kali pertama dia berak di tandas.. Geli hati pun ada sebab dia dok mencangkung berak dalam seluar dah tu tak berani nak cakap. Punyalah kesian aku tengok dia menangis ingatkan ape rupanya terberak dalam seluar.

Apa pun aku puas hati dengan pencapaian anak sulung aku ni. Cepat belajar. Lepas ni aku dah boleh harap dia untuk henjut buai adik dia, mandi pun dah pandai sabun badan sendiri. Kemas tempat tidur pun dah pandai.

Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan aku anak-anak yang sempurna akal dan fizikal... Alhamdulillah

Ini petikan artikel dari My Metro

Famili: Latih anak guna tandas
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/04/21


Tentu amat menyedihkan apabila sofa yang baru itu terpaksa dicuci disebabkan najis anak. Tetapi jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk mengajar anak ke tandas.

Menurut kaunselor laktasi daripada www.sarakids.com, Farah Farhan Abdul Fattah, yang juga ibu kepada dua anak, Puteri Sara Azalea, 3, dan Puteri Syasya Adalea, 2, sebagai ibu yang sibuk bekerja mengajar latihan anak ke tandas me merlukan keprihatinan serta tempoh berlanjutan.

Ini kerana ibu memerlukan kesabaran ketika mendidik anak menjalani latihan ke tandas.

Sebelum membeli tandas duduk, ibu perlu mengenali tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:

- Apabila dia sering cakap, “Mama, dah basah” atau “Bibik, nak tukar lampin lain”. Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.

- Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.

- Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ‘poo poo’ sedangkan sebenarnya tidak.

- Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, “Eeee...malu pakai lampin”. Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.

- Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain akan menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.

Menurut Farah Farhan, apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas.

Katakan pada anak, “Ini maknanya kakak dah boleh belajar buang air kecil sendiri”.

Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:

* Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.
Menurut Farah Farhan, banyak kebaikan menggunakan tandas duduk kanak-kanak ini. Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.

Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.

Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.

Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak untuk lebih berdisiplin.

* Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.

* Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.
“Ya, memang betul pada hari pertama di hadapan peti ais, tiba-tiba anak saya, Puteri Sara Azalea berkata, ‘Eeh, ter kencing la mami’. Akibatnya Farah terpaksa membersihkan lantai rumah seminggu.

* Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air. Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda mem beritahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.

* Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ke tandas untuk membuang air kecil.
Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air. Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.

* Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil.
“Saya katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula”. Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.

* Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya. Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.
Sebagai ibu, Farah Farhan tidak akan memaksa, tetapi lebih kepada pendekatan memujuk.

* Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas. Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.

Panduan dan cabaran:

- Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa. Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat. Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.

- Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas. Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.

- Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang se dang belajar ke tandas. Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.

- Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.

“Saya yakin, tidak lama lagi Sara sudah tidak memerlukan lampin. Saya yakin, Sara saya akan belajar dan pandai ke tandas. Itulah doa saya”,” katanya.

Jumpa lagi...

Friday, October 8, 2010

SEBAK TETIBA...

Salam...

Kita bertemu lagi dalam ruangan blogger ni...

Aku cuma nak zahirkan perasaan sebak bila tiap kali aku menziarah kaum keluarga atau jiran tetangga yang dapat mengerjakan ibadat haji. Hati aku sebak...paling menjeruk hati bila aku berharap sangat yang aku akan dapat sama seperti mereka untuk beribadat dan menjalani haji di Tanah Suci Allah.

Kalau la aku berkesempatan ke sana..aku nak sangat minta pada Allah ampunkan segala dosa2 aku, ibu ayah aku, suami aku, adik2 aku, mertua aku dan sahabat serta keluarga aku.

Aku nak sangat menghadiahkan mak ayah aku perjalanan pergi dan balik haji kalau aku mampu. Tapi dengan gaji dan kerja aku sekarang tak tahu la bila aku dapat menunaikan impian mak aku yang teringin sangat ke Mekah.

Aku harap sangat Allah murahkan rezeki dan makbulkan niat aku nak hantar mak aku ke sana. Aku memang dah pasang niat 5 tahun usia perkahwinan aku nak ke Mekah buat umrah. Tapi Allah belum buka lagi ruang untuk aku.

Tepat pukul 5 petang tadi jiran aku Mak Cik Zainab dan suaminya Basri telah memulakan langkah untuk menuju ke Tanah Suci Allah. Pemergian mereka berdua diselangi dengan rintisan air mata yang mendoakan agar mereka selamat pergi dan balik serta dapat mengerjakan ibadah haji yang mambrur dan sempurna.

Kat sini aku uploadkan sikit gambar-gambar sepanjang peristiwa petang tadi..




Thursday, October 7, 2010

AKU DAN PAP SMEAR

HUH gileeeeeee....

Aku kena buat ujian PAP SMEAR?????

Sebab apa aku ada rekod masalah kesihatan dalaman. Ala aku terang sikit la kot ada yang tak tau...

Masa aku preggy tahun lepas aku mengalami masalah keputihan yang kronik...Sampai keluar cairan kekuning hijauan. Setelah didiagnosis aku ada kuman GBS +ve... GBS ni bukan siri drama kanak2 Geng Bas Sekolah tu. Ntah la pe stand untuk GBS ni pun aku tak tahu.. tp ada la doktor tu cakap streptococus ke kek kukus ke ntah apa2 la.

Semalam aku bawa anak kecil aku g check up bulan2 kat KKIA, Alor Gajah. Nurse tu tengok rekod anak aku, then tanya aku history during aku preggy dulu...aku citer la apa yang patut..tup tup tup ayat dia " kak, akak mesti buat ujian pap smear bulan depan"...berdetak bunyi jantung aku..seriau gilerrrrrrrrr.

Balik je dr klinik aku find out la serba sedikit info pasal pap smear ni. So aku nak kongsi la kat readers n blogger yang singgah kat sini...

Baca ni...





Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.





Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
Mereka yang kerap bertukar pasangan.
Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

1. Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
2. Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan

p/s: mencegah lebih baik dari mengubat...

Tuesday, October 5, 2010

MENINGGALKAN SOLAT LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.

Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh.

Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.

Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.

Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.

Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.

Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


--------------------------------------------------------------------------------

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.

Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.

Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.

Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud


p/s : renung-renungkan bersama wahai teman blogger n readers di luar sana. Apakah kita masih mahu terus-terusan menzalimi diri kita sendir..Astaghfirullah...

Note: nasihat ini saya petik dari portal iluveislam.com

RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails