Salam...
Kali ni aku nak buat entri bersiri tentang wanita idola aku iaitu Rabiatul Adawiyah...sebenarnya aku terjumpa sebuah buku tulisan lama milik bapa mertua tentang keindahan dan kesucian seorang wanita bernama Rabiatul Adawiyah. Tapi suka aku nak berkongsi ilmu yang sedikit ini sebagai wadah dalam membawa kemakmuran islam secara tidak langsung...Kalaupun x semua blogger dan follower aku yang baca tapi harapan aku besar agar sedikit ilmu yang aku sampaikan ini bisa diterima Insyaallah...
Kisah bermula....
Pada suatu Subuh yang hening dan syahdu, saat matahari mula menyinarkan cahayanya dengan hembusan bayu sesekali mencium dedaunan pokok kurma dan zaitun manusia lain masih lagi dibuai mimpi indah, lahirlah seorang anak kecil berjantina perempuan kedunia menandakan Allah masih lagi menginginkan zuriat Adam dan Hawa menghuni bumi.
Tapi saat itu kelahiran anak kecil itu disambut dengan kekecewaan oleh kedua ibubapanya kerana mereka sangat miskin. Tambahan pula anak kecil itu merupakan anak keempat yang dilahirkan. Harapan kedua ibubapanya anak yang lahir itu adalah lelaki yang dapat membela kehidupan mereka kelak.
Si ayah yang bernama Ismail dan si ibu menyambut kelahiran si anak dengan perasaan sedih. Doa dan harapan mereka tidak dikabulkan oleh Allah. Sedangkan Allah telah menetapkan sesuatu yang sangat diuntungi mereka. Kehadiran anak kecil itu seolah-olah tidak menjadi kegembiraan sebalik mendukacitakan.
Dengan tiada sebarang persiapan untuk anak perempuan kekecewaan terus membaluti kelukaan hati mereka. Kemiskinan amat mencengkam ketika itu.
Maka si ibu meminta si suami utnuk meminta barang sedikit cebisan kain2 buruk dan setitik dua minyak untuk anak kecil tiu. Tanpa berkata apa-apa,Ismail pun bangkit dan keluar rumah memenuhi permintaan isterinya. Diketuknya setiap pintu rumah tetangga lalu diberi salam, namun tidak seorang pun sudi untuk membuka pintu. Desis hatinya, jika tidak kerana terpaksa tidak lah dia akan meminta2 seperti itu. Tapi itulah yang mempu dilakukan sebagai usaha terakhir.
Lama baru Ismail pulang kerumah tanpa sebarang bekalan. Lantas si ibu hanya mampu bertawakal kepada Allah. "Jiran kita sedang tidur" hanya itu kata-kata yang keluar dari mulut Ismail. "Syukur kepada Allah kerana aku tidak pernah meminta-minta sebelum ini. Labih baik lampin ini kita baluti anak ini dan bertwakal kepada Allah kerana Dia lah pelindung yang dapat memelihara anak ini. Percayalah wahai isteri." kata nya lagi.
Suasana hening itu, terus kelam. Tapi tiba-tiba kesunyian itu dikejutkan dengan pertanyaan si isteri dalam nada suara yang seak basah menandakan baru habis menangis. "Apakah nama anak ini abang? Sudahkan ada nama yang difikirkan sesuai untuknya???"
Barangkali kesedihan si suami belum terubat, dan tidak mahu mengecewakan si isteri Ismail menyebut " Bagaimana jika dinamakan Rabi'ah? kerana dia anak keempat".
"Rabiah..,?" terperanjat si siteri kerana nama itu tidak mebawa sebarang maksud. lantas dia bersuara " apakan tidak ada nama lain..? Rabiah ini tidak ada maksud, bagaimana orang lain akan memanggilnya kelak??? pastinya anak ini akan diejek kerana namanya Rabiah..."
Tanpa sebarang reaksi Ismail tetap membisu.Masih terlalu banyak yang perlu difikirnya...
Bersambung....
TART NANAS HANTARAN
6 days ago
0 comments:
Post a Comment