Friday, October 30, 2009

KELAS DULU DAN TERKINI






Em boleh bezakan tak??? Ini gambar terbaru kelas aku selepas setahun aku kerja sebgai PPM...so kalo nak komen dipersilakan...amat dialu-alukan...










Em boleh bezakan tak? sekarang ni dh 2 thn aku bekerja sbg PPM..


Monday, October 26, 2009

KEHIDUPAN -INTEAM feat NAZREY

KESENANGAN YANG DATANG
TAK AKAN SELAMANYA
BEGITULAH SELEPAS SUSAH
ADA KESENANGAN

SEPERTI SELEPAS MALAM
DATANGNYA SIANG
OLEH ITU WAKTU SENANG
JANGAN LUPA DARATAN

GUNAKAN KESEMPATAN UNTUK KEBAIKAN
SEBELUM SEGALANYA TERLEPAS DARI GENGGAMAN
KELAK MENYESAL NANTI
TAK BERKESUDAHAN
APA GUNA SESALAN HANYA MENEKAN JIWA

JANGAN DIFIKIR DERITA AKAN BERPANJANGAN
KELAK AKAN MEMBAWA PUTUS ASA PADA TUHAN
INGATLAH BIASANYA KABUS TAK BERPANJANGAN
SETELAH KABUS BERLALU PASTI CERAH KEMBALI

UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH
APAKAH KITA KAN SABAR
ATAUPUN SEBALIKNYA
KESENANGAN YANG DATANG SELEPAS KESUSAHAN
SEMUANYA ADALAH NIKMAT DARI ALLAH...

Renungilah bait2 lirik di atas...semoga kita tetap yakin setiap yang berlaku hanya Allah yang tahu percaturannya...Apapun aku redha...perjalanan hidup aku masih panjang...namun aku tetap ikhlas melayani kerenah anak2 murid aku dan tetap bersyukur jika tidak kerana mereka mungkin aku belum mempunyai pekerjaan

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS

Minggu lepas aku bawa budak gi SK Melekek, Alor Gajah. Seronok sgt tgk budak2 ni happy. Zahfran siap masuk pertandingan memancing ikan polisterin. Fakhrul lak masuk juga tp dapat saguhati je... Syaqira langsung x dpt apa2...ye la masa dia bg 2minit..dengan masalah kordinasimotor tgn mereka agak sukar nak mencapai target mereka.

Nabila langsung x masuk apa2..yang paling aku kesian ialah Fakhrul..dia bawa RM 4 je..then nak masuk macam2 permainan...so aku x bagi..nanti x de kupon nak beli makanan...duit yang ada pn dh beli kupon untuk beli barang.

1 game beharga 0.50sen..makanan je dah RM 1, air pn RM 1. Jadi aku kutip la duit budak2 ni seorang RM 2, aku belikan makanan..kalo x nanti lapar...tapi sian gak depa ni...ye la mereka x dpt nak fikir rasional..depa tau main je...dah tu bila cakap nak gi karnival..nanti x payah bawa beg...kemain depa melompat...maknanya x de la belajar utk hari tu.













Em apa yang penting aku ikhlas mengiringi mereka... Semoga mereka dapat mempelajari sesuatu yang berharga walaupun mereka kecewa kerana aku dan penyelaras tidak menunggu untuk acara kemuncak iaitu acara cabutan nombor bertuah...




Thursday, October 15, 2009

MILO DATANG LAGI

Salam...
Em agak lama aku x memblogging...hari lori milo datang lagi...aku suka, aku suka, aku suka..
sebab dapat minum free. siap aku bawa botol...ye la dah nak bagi free, alang-alang aku bawa botol boleh bagi anak2 murid aku minum...

Ye la, bagi 1 cup, mana puas kan????
sian aku tengok budak2 ni merungut...seronok aku tengok mereka dapat minum banyak...nampak la kepuasan di wajah mereka...

Berebut-rebut murid2 ni nak dapat kan milo 1 cawan.





Monday, September 28, 2009

SUASANA HARI RAYA

Salam lebaran...
Rasanya masih awal untuk aku sampaikan dan ucapkan salam aidilfitri buat pengunjung dan pembaca laman blog ini.

Seperti mana tahun2 yang lalu aku begitu bersyukur kerana masih dapat meraikan aidilfitri pada tahun ini. Dengan kehadiran anak yang baru menambahkan lagi keriangan hati untuk terus mengucapkan tanda kesyukuran kepada Yang Esa.

Setelah bercuti selama seminggu...
hari ni adalah hari untuk kembali menjalankan tugas, amanah serta tanggungjawab dalam pekejaan. Melihat keranah anak2 murid membuat kan aku sedar betapa mereka juga mempunyai hak yang sama seperti org lain untuk merasai nikmat berhari raya.

Walaupun ada antara mereka yang terdiri dari keluarga yang kekurangan tetapi mendengar cerita mereka tentang keseronokan menyambut hari lebaran bersama keluarga dan rakan taulan cukup memberi pengertian bahawa mereka begitu gembira.

Namun dalam keriuhan dan keseronokan mereka menyambut aidilfitri, mereka terus terlupa dengan pelajaran...mula lah mereka seakan-akan memberi alasan kerana lupa bawa buku, ada juga yang datang tanpa kasut yang bersih. Kadang2 timbul gak rasa sakit hati aku, kalau mereka tak boleh urus diri sendiri tiadakah org dewasa yg dpt membantu mereka?

Kasihan aku melihat mereka ini..walaupun mereka ada akal dan tahap kepintaran tersendiri mereka masih perlu dibimbing supaya mereka dapat berdikari dan tahu menguruskan diri mereka sendiri...kadangkala kenakalan mereka itu juga yang menghiburkan...walaupun membuatkan aku bersa geram....

Teringat pula anak2 di rumah....nasib la mertua ku masa ada dan dapat la mereka membimbing anak2 ku kelak dengan ilmu yang ditinggalkan kiranya mereka tiada. Aku tak dapat bayangkan kalau mereka tiada...kerana anak2 aku dijaga oleh mereka sejak mula celik mata hingga kini...

Tapi aku percaya anak2 murid aku masih boleh dibimbing dan diberi peluang untuk lebih berjaya agar hidup mereka kelak lebih bersinar....

Thursday, September 10, 2009

UPSR


Semalam adalah hari terakhir UPSR. Setelah dijalankan selama 3 hr nampaknya anak2 kita ni macam xde perasaan pn. Bukan apa, saya tgk mereka seolah2 tidak kisah pn lulus atau tidak...tapi bukan semua...masih ada juga yg masih berharap mencapai kejayaan yang cmrlg...tp berapa kerat sgt...

Tp kita sebagai warga pendidik patut bersemangat untuk terus menyalurkan ilmu yg kita miliki supaya anak2 kita tidak terus ketinggalan...

Em, budak2 disleksia pun akan menduduki UPSR. Tapi mereka akan mempunyai kelebihan masa untuk menjawab soalan...ini kerana mereka mempunyai masalah untuk menulis dan mengarang baris2 ayat. Mereka mempunyai tambahan masa sebanyak 30min untuk menghabiskan soalan yg dijawab...walaupun begitu tidak semua kanak2 disleksia ini bermasalah dalam pembelajaran. Ada antara mereka yg masih boleh menjawab tanpa menggunakan masa tambahan pun...

Em.. itu je coretan hr ni....nanti saya akan upload lg cerita2 terbaru....

jumpa lg

Saturday, August 8, 2009

ELAUN GURU VS ELAUN PPM

Bila bercakap tentang elaun pendidikan khas, mereka yang terlibat dengan imbuhan ini tersenyum lebar hingga ke telinga. Apatah lagi dengan kenaikan elaun murid dr RM 50 ke RM 150 sebulan ibu bapa dapat menghela nafas sepanjang yang mungkin. Bukan apa, untuk menguruskan anak yang istimewa ini bukan sedikit duit yg diperlukan. Hanya ibubapa yg mempunyai anak2 seperti itu saja yg memahami apa yg saya maksudkan.

Tetapi, bila bercakap tentang pembelajaran anak2 ini, timbul pelbagai persepsi tentang pemberian elaun khas bagi guru2 yg mengajar. Bagi guru2 yg terbabit seribu rahmat mereka rasakan. tapi tak kurang juga yg cakap2 belakang. Ala senang cakap cikgu2 yg tak ngajo p.khas..Buat guru2 p.khas elaun itu mungkin wajar diberikan kerana kepenatan, kepayahan dan kesungguhan mereka untuk mendidik, membimbing malah membentuk anak2 istimewa ini sesempurna yang boleh. Syabas kepada guru2 tersebut jika mereka rasa dengan adanya elaun itu dapat memberi mereka semangat untuk terus membimbing mereka yang kekurangan. Tetapi malang bagi guru2 yg merasakan elaun itu sebagai bonus untuk mengajar p.khas. Bukan apa mereka ini sebenarnya mementingkan ganjaran daripada nilai ganjaran itu sendiri.

Bila kehadiran PPM membantu guru2 diperkenalkan, timbul lagi cakap2 belakang. "Ala keje ngajar budak 1 kelas tak ramai, dapat elaun khas lak tu. Ni tambah lagi pembantu. Lagi senang la keje". Itu bagi guru2 yang merasakan mereka juga wajar diberi insentif. Tapi kalau semua nak jadi guru p.khas siapa pula nak ajar murid2 lain?

Bila PPM mula menjalankan tugas dalam membantu guru sewaktu PnP berlangsung sebelah pagi dan sebelah petang pula PPM perlu menyiapkan tugasan lain. Tak kurang juga ada sebahagian sekolah menganggap PPM ini sama macam KPT atau PT kat sekolah...Untuk pengetahuan, PPM adalah PPM satu jawatan yg wujud untuk mengelolakan murid2 dan membantu guru2 khasnya. Tidak termasuk dalam tugasan PPM untuk membuat kerja2 pejabat..Tapi biasalah kalau dah jadi old timer mesti nak mengarah. Untuk makluman, PPM diselia oleh penyelaras atau guru mereka sendiri, bukan di bawah KPT atau PT. Jawatan memang berbeza seperti nama jawatan itu sendiri walaupun gred nya sama N17.

Oleh kerana Kementerian Pelajaran beranggapan PPM juga patut diberikan elaun (walaupun belum ada yg dapat secara rasminya) maka timbul lagi cakap2 belakang. Kalau PPM p.khas boleh dapat kenapa PPM Pra tak dapat. Tapi pada pendapat saya lah, elaun yang diberikan bukan lah isu yang patut kita bincangkan. Tetapi kerja yang kita lakukan itu sendiri. Nilaikan semula diri kita. Adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan amanah dengan kerja kita? Jika kita bekerja mengharapkan gaji untuk menanggung keluarga lakukan lah seikhlas yang boleh, Janganlah untuk mengejar ganjaran semata2. Renung2kanlah....

TUGAS-TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Kalo bcakap fasal PPM, ada yg beranggapan PPM ni macam cikgu jugak. Tapi hakikatnya PPM ni cuma seorang staf yg tugasnya lebih kepada membantu guru-guru Prasek or P.Khas. Em lebih kurang org yg dok kt kg tu ingat PPM ni macam 'bibik'. Kerja hakikinya merangkumi masak makanan murid,cuci tandas, kemas kelas, mop lantai, macam-macam lagi waima cebok bontot budak pun kena buat. Tapi, itu secara general lah...secara detailnya PPM ni ada peranan dan fungsi yg tersendiri.... Di bawah ada disenaraikan tugas2 PPM...

Membantu guru dalam proses perkembangan akademik murid

Membantu memastikan murid-murid memberikan tumpuan kepada guru yang mengajar. Membantu guru memilih dan menyedia bahan/ peralatan yang bersesuaian dengan keperluan,kesediaan dan perkembangan murid.
Membantu guru meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan member maklumat.
Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat yang menggembirakan kepada murid untuk menyelesaikan sesuatu tugasan / arahan yang diberikan oleh guru.
Membantu guru mengemas / menyimpan bahan dan peralatan mengajar secara sistematik dan selamat di tempat yang bersesuaian.
Membantu guru menyediakan Alat Bantuan Mengajar (ABM.
Membantu guru dalam urusan penyediaan,rakaman,semakan dan pembacaan bahan-bahan akademik/ilmiah (terutamanya bagi guru kurang upaya,(contoh:guru bermasalah penglihatan yang mengajar di sekolah).

Membantu menguruskan mobiliti murid.
Membantu menguruskan murid-murid yang tidak mampu berjalan/ bergerak dengan sendiri ke sesuatu tempat (contohnya bergerak ke tandas atau ke kantin).
Membantu pergerakan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu (contohnya,penggunaan kerusi roda atau tongkat).
Membantu guru menjalankan urusan keceriaan kelas.
Memerhati dan mengawal keselamatan murid.

Membantu guru dalam urusan pentadbiran di kelas.
Membantu guru melengkapkan maklumat peribadi pelajar (contohnya Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan fail maklumat murid.
Membantu guru dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Membantu guru merekod data/maklumat yang berkaitan perkembangan dan kemajuan murid. Memastikan folio/fail maklumat pelajar sentiasa dikemaskinikan mengikut butiran yang betul.
Membantu guru merancang dan menyediakan takwim program pendidikan khas sekolah.
Membantu guru memastikan semua dokumen-dokumen penting dismpan dengan selamat dan baik terutamanya jika ia melibatkan sebarang dokumen penting/sulit.
Membantu guru menyediakan inventori peralatan di kelas pendidikan khas.
Membantu guru dalam urusan pengendalian dan simpanan perlatan Bahan Bantu Belajar (BBB) dan Alat Bantu Mengajar (ABM) contohnya: Mesin Braille,embrosser dan komputer.
Melaporkan kepada guru sekiranya terdapat bahan/ peralatan yang rosak untuk tindakan segera.

Membantu menguruskan murid dan menyelia kelas pembelajaran
Membantu guru melayani kerenah murid agar mereka sentiasa selesa dan tenang ketika berada di dalam kelas (Murid-murid dengan kecacatan tertentu kadangkala memerlukan lebih perhatian/ belaian).
Memastikan keadaan persekitaran dalam/ luar kelas sentiasa bersih, tersusun dan selamat
(Contohnya : pastikan suis elektrik ditutup,tiada objek tajam sekitar kelas).
Membantu guru menguruskan murid-murid yang sakit/ mengalami kecederaan mendapatkan rawatan.
Membantu guru memastikan pakaian murid sentiasa kemas dan mengikut peraturan sekolah.
Membantu guru membimbing, melatih dan mengasuh murid dalam aspek akhlak,adab dan sopan dan kebersihan melalui perbuatan,pertuturan dan tingkah laku yang baik.
Membantu dan membimbing murid ketika di kantin dalam urusan pembelian makanan dan adab sebelum serta selepas makan.
Menguruskan keadaan pelajar di kelas ketika ketiadaan guru.
Membantu guru memeriksa kesihatan murid apabila diperlukan.





Wednesday, July 22, 2009

KANAK-KANAK DISLEKSIA


Sekali lihat mereka sama seperti anak-anak normal yang lain. Tapi siapa sangka mereka ini dikategorikan sebagai anak-anak istimewa. Pemikiran mereka juga adakalanya tidak terjangka oleh kita. Apa yang mereka pandang dan nampak sama seperti kita. Tetapi tahukah anda bahawa mereka seolah-olah mempunyai cermin yang mereflekskan pemerhatian mereka. Itulah yang berlaku bagi kanak-kanak istimewa ini.

Kadangkala, mereka ini cenderung untuk aktif dalam satu-satu perkara. Ada diantara mereka yang genius dalam merekacipta imaginasi atau peralatan mahupun kraftangan. Mungkin ada sebahagian daripada kita tidak perasan yang mereka ini boleh berjaya seperti orang lain.

Namun, kanak-kanak disleksia juga mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi. Mereka juga berasa rendah diri. Tiada ubat atau vaksin yang dapat memulihkan mereka. Cuma sebagai orang yang lebih berakal, kita boleh membantu mereka meningkatkan keyakinan dan menyokong mereka ke arah yang lebih positif....




RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails