Seorang isteri,ibu dan juga PPM (Pem. Pengurusan Murid). Seorang yang tidak pernah berputus asa, suka aktiviti yang lasak, suka memasak dan mencuba resepi baru. Dunia pekerjaan yang mencabar kerana di kelilingi anak-anak yang terlalu istimewa. Walau bagaimanapun kerana mereka aku mempunyai pekerjaan.
KESENANGAN YANG DATANG TAK AKAN SELAMANYA BEGITULAH SELEPAS SUSAH ADA KESENANGAN
SEPERTI SELEPAS MALAM DATANGNYA SIANG OLEH ITU WAKTU SENANG JANGAN LUPA DARATAN
GUNAKAN KESEMPATAN UNTUK KEBAIKAN SEBELUM SEGALANYA TERLEPAS DARI GENGGAMAN KELAK MENYESAL NANTI TAK BERKESUDAHAN APA GUNA SESALAN HANYA MENEKAN JIWA
JANGAN DIFIKIR DERITA AKAN BERPANJANGAN KELAK AKAN MEMBAWA PUTUS ASA PADA TUHAN INGATLAH BIASANYA KABUS TAK BERPANJANGAN SETELAH KABUS BERLALU PASTI CERAH KEMBALI
UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH APAKAH KITA KAN SABAR ATAUPUN SEBALIKNYA KESENANGAN YANG DATANG SELEPAS KESUSAHAN SEMUANYA ADALAH NIKMAT DARI ALLAH...
Renungilah bait2 lirik di atas...semoga kita tetap yakin setiap yang berlaku hanya Allah yang tahu percaturannya...Apapun aku redha...perjalanan hidup aku masih panjang...namun aku tetap ikhlas melayani kerenah anak2 murid aku dan tetap bersyukur jika tidak kerana mereka mungkin aku belum mempunyai pekerjaan
Minggu lepas aku bawa budak gi SK Melekek, Alor Gajah. Seronok sgt tgk budak2 ni happy. Zahfran siap masuk pertandingan memancing ikan polisterin. Fakhrul lak masuk juga tp dapat saguhati je... Syaqira langsung x dpt apa2...ye la masa dia bg 2minit..dengan masalah kordinasimotor tgn mereka agak sukar nak mencapai target mereka.
Nabila langsung x masuk apa2..yang paling aku kesian ialah Fakhrul..dia bawa RM 4 je..then nak masuk macam2 permainan...so aku x bagi..nanti x de kupon nak beli makanan...duit yang ada pn dh beli kupon untuk beli barang.
1 game beharga 0.50sen..makanan je dah RM 1, air pn RM 1. Jadi aku kutip la duit budak2 ni seorang RM 2, aku belikan makanan..kalo x nanti lapar...tapi sian gak depa ni...ye la mereka x dpt nak fikir rasional..depa tau main je...dah tu bila cakap nak gi karnival..nanti x payah bawa beg...kemain depa melompat...maknanya x de la belajar utk hari tu.
Em apa yang penting aku ikhlas mengiringi mereka... Semoga mereka dapat mempelajari sesuatu yang berharga walaupun mereka kecewa kerana aku dan penyelaras tidak menunggu untuk acara kemuncak iaitu acara cabutan nombor bertuah...
Salam... Em agak lama aku x memblogging...hari lori milo datang lagi...aku suka, aku suka, aku suka.. sebab dapat minum free. siap aku bawa botol...ye la dah nak bagi free, alang-alang aku bawa botol boleh bagi anak2 murid aku minum...
Ye la, bagi 1 cup, mana puas kan???? sian aku tengok budak2 ni merungut...seronok aku tengok mereka dapat minum banyak...nampak la kepuasan di wajah mereka...
Berebut-rebut murid2 ni nak dapat kan milo 1 cawan.