Saturday, August 8, 2009

ELAUN GURU VS ELAUN PPM

Bila bercakap tentang elaun pendidikan khas, mereka yang terlibat dengan imbuhan ini tersenyum lebar hingga ke telinga. Apatah lagi dengan kenaikan elaun murid dr RM 50 ke RM 150 sebulan ibu bapa dapat menghela nafas sepanjang yang mungkin. Bukan apa, untuk menguruskan anak yang istimewa ini bukan sedikit duit yg diperlukan. Hanya ibubapa yg mempunyai anak2 seperti itu saja yg memahami apa yg saya maksudkan.

Tetapi, bila bercakap tentang pembelajaran anak2 ini, timbul pelbagai persepsi tentang pemberian elaun khas bagi guru2 yg mengajar. Bagi guru2 yg terbabit seribu rahmat mereka rasakan. tapi tak kurang juga yg cakap2 belakang. Ala senang cakap cikgu2 yg tak ngajo p.khas..Buat guru2 p.khas elaun itu mungkin wajar diberikan kerana kepenatan, kepayahan dan kesungguhan mereka untuk mendidik, membimbing malah membentuk anak2 istimewa ini sesempurna yang boleh. Syabas kepada guru2 tersebut jika mereka rasa dengan adanya elaun itu dapat memberi mereka semangat untuk terus membimbing mereka yang kekurangan. Tetapi malang bagi guru2 yg merasakan elaun itu sebagai bonus untuk mengajar p.khas. Bukan apa mereka ini sebenarnya mementingkan ganjaran daripada nilai ganjaran itu sendiri.

Bila kehadiran PPM membantu guru2 diperkenalkan, timbul lagi cakap2 belakang. "Ala keje ngajar budak 1 kelas tak ramai, dapat elaun khas lak tu. Ni tambah lagi pembantu. Lagi senang la keje". Itu bagi guru2 yang merasakan mereka juga wajar diberi insentif. Tapi kalau semua nak jadi guru p.khas siapa pula nak ajar murid2 lain?

Bila PPM mula menjalankan tugas dalam membantu guru sewaktu PnP berlangsung sebelah pagi dan sebelah petang pula PPM perlu menyiapkan tugasan lain. Tak kurang juga ada sebahagian sekolah menganggap PPM ini sama macam KPT atau PT kat sekolah...Untuk pengetahuan, PPM adalah PPM satu jawatan yg wujud untuk mengelolakan murid2 dan membantu guru2 khasnya. Tidak termasuk dalam tugasan PPM untuk membuat kerja2 pejabat..Tapi biasalah kalau dah jadi old timer mesti nak mengarah. Untuk makluman, PPM diselia oleh penyelaras atau guru mereka sendiri, bukan di bawah KPT atau PT. Jawatan memang berbeza seperti nama jawatan itu sendiri walaupun gred nya sama N17.

Oleh kerana Kementerian Pelajaran beranggapan PPM juga patut diberikan elaun (walaupun belum ada yg dapat secara rasminya) maka timbul lagi cakap2 belakang. Kalau PPM p.khas boleh dapat kenapa PPM Pra tak dapat. Tapi pada pendapat saya lah, elaun yang diberikan bukan lah isu yang patut kita bincangkan. Tetapi kerja yang kita lakukan itu sendiri. Nilaikan semula diri kita. Adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan amanah dengan kerja kita? Jika kita bekerja mengharapkan gaji untuk menanggung keluarga lakukan lah seikhlas yang boleh, Janganlah untuk mengejar ganjaran semata2. Renung2kanlah....

TUGAS-TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Kalo bcakap fasal PPM, ada yg beranggapan PPM ni macam cikgu jugak. Tapi hakikatnya PPM ni cuma seorang staf yg tugasnya lebih kepada membantu guru-guru Prasek or P.Khas. Em lebih kurang org yg dok kt kg tu ingat PPM ni macam 'bibik'. Kerja hakikinya merangkumi masak makanan murid,cuci tandas, kemas kelas, mop lantai, macam-macam lagi waima cebok bontot budak pun kena buat. Tapi, itu secara general lah...secara detailnya PPM ni ada peranan dan fungsi yg tersendiri.... Di bawah ada disenaraikan tugas2 PPM...

Membantu guru dalam proses perkembangan akademik murid

Membantu memastikan murid-murid memberikan tumpuan kepada guru yang mengajar. Membantu guru memilih dan menyedia bahan/ peralatan yang bersesuaian dengan keperluan,kesediaan dan perkembangan murid.
Membantu guru meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan member maklumat.
Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat yang menggembirakan kepada murid untuk menyelesaikan sesuatu tugasan / arahan yang diberikan oleh guru.
Membantu guru mengemas / menyimpan bahan dan peralatan mengajar secara sistematik dan selamat di tempat yang bersesuaian.
Membantu guru menyediakan Alat Bantuan Mengajar (ABM.
Membantu guru dalam urusan penyediaan,rakaman,semakan dan pembacaan bahan-bahan akademik/ilmiah (terutamanya bagi guru kurang upaya,(contoh:guru bermasalah penglihatan yang mengajar di sekolah).

Membantu menguruskan mobiliti murid.
Membantu menguruskan murid-murid yang tidak mampu berjalan/ bergerak dengan sendiri ke sesuatu tempat (contohnya bergerak ke tandas atau ke kantin).
Membantu pergerakan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu (contohnya,penggunaan kerusi roda atau tongkat).
Membantu guru menjalankan urusan keceriaan kelas.
Memerhati dan mengawal keselamatan murid.

Membantu guru dalam urusan pentadbiran di kelas.
Membantu guru melengkapkan maklumat peribadi pelajar (contohnya Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan fail maklumat murid.
Membantu guru dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Membantu guru merekod data/maklumat yang berkaitan perkembangan dan kemajuan murid. Memastikan folio/fail maklumat pelajar sentiasa dikemaskinikan mengikut butiran yang betul.
Membantu guru merancang dan menyediakan takwim program pendidikan khas sekolah.
Membantu guru memastikan semua dokumen-dokumen penting dismpan dengan selamat dan baik terutamanya jika ia melibatkan sebarang dokumen penting/sulit.
Membantu guru menyediakan inventori peralatan di kelas pendidikan khas.
Membantu guru dalam urusan pengendalian dan simpanan perlatan Bahan Bantu Belajar (BBB) dan Alat Bantu Mengajar (ABM) contohnya: Mesin Braille,embrosser dan komputer.
Melaporkan kepada guru sekiranya terdapat bahan/ peralatan yang rosak untuk tindakan segera.

Membantu menguruskan murid dan menyelia kelas pembelajaran
Membantu guru melayani kerenah murid agar mereka sentiasa selesa dan tenang ketika berada di dalam kelas (Murid-murid dengan kecacatan tertentu kadangkala memerlukan lebih perhatian/ belaian).
Memastikan keadaan persekitaran dalam/ luar kelas sentiasa bersih, tersusun dan selamat
(Contohnya : pastikan suis elektrik ditutup,tiada objek tajam sekitar kelas).
Membantu guru menguruskan murid-murid yang sakit/ mengalami kecederaan mendapatkan rawatan.
Membantu guru memastikan pakaian murid sentiasa kemas dan mengikut peraturan sekolah.
Membantu guru membimbing, melatih dan mengasuh murid dalam aspek akhlak,adab dan sopan dan kebersihan melalui perbuatan,pertuturan dan tingkah laku yang baik.
Membantu dan membimbing murid ketika di kantin dalam urusan pembelian makanan dan adab sebelum serta selepas makan.
Menguruskan keadaan pelajar di kelas ketika ketiadaan guru.
Membantu guru memeriksa kesihatan murid apabila diperlukan.





RADIO KARAT


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

SAPE YANG KOMEN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails